dalam titis hujan ini
seekor gembala kerbau
terbang ke sana sini
kebasahan
di sini
pada hari ini
tiada lagi kerbau
untuk digembala
yang ada hanya bau
bau kimia dan sisa pepejal
kumbahan hasil buangan kilang
sumber rezeki pemuda pemudi
2020
hai gembala
bau kerbau yang dirindui
datukmu dulu
telah lama hilang!
gambar hiasan : https://vdocuments.mx/bab-4-saling-bersandaran-antara-organisma-hidup.html
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Monday, March 16, 2020
Sunday, March 6, 2016
[Puisi] Balada Si Ibu Penyu - Zahari Hasib
Balada Si Ibu Penyu
setelah berhari-hari
dalam pengembaraan yang panjang
maka dari dasar laut maha luas
muncullah ia terdampar
dalam kesunyian sebuah pantai
merangkak dengan amat perlahan dan teliti
supaya tidak diintip orang
dalam tidur nyenyak nelayan kurus
serta letih dibuai mimpi subsidi
rupanya ia terselamat
hanya kerana kesepian laut
dan kicau burung camar saja yang tahu
bahawa ia sedang menetaskan ratusan telur
bersih, putih dan comel
kemudian dengan kakinya
pantas sekali ia mengambus perbendaharaan
lalu jauh di sudut hati
dia pun menyimpan kerinduan amat tulus
untuk pada bulan mana
atau tahun yang mana
ia akan datang sekali lagi sebagai ibu
membelai kemesraan serta kasih sayang
daripada anak-anak yang tentunya sudah dewasa
dan berani bermain dengan ombak
setelah mengucapkan selamat tinggal
dengan amat pilu dan rawan
berjurailah jatuh airmatanya
justeru ia tahu
bertahun-tahun sebelum ini pun
meski begitu sering ia menetaskan
tapi anak-anak tak pernah datang
atau menunggu ketibaannya di pantai
seekor ibu penyu
kini ia kembali
bagi meneruskan kembara ke laut dalam
sama ada:
akan bertemu semula dengan anaknya
atau datang lagi pada tahun depan
sekadar memberi telur percuma
buat nelayan miskin
atau pelancong luar negeri
seekor ibu penyu yang hodoh
akan tetap memberikan budi sepanjang zaman
dan dia tak pernah mengharapkan
terima kasih daripada manusia
yang cantik dan pandai berperang!
Zahari Hasib
Tuesday, March 1, 2016
[Puisi] Bahasa Laut - Zahari Hasib
Bahasa Laut
bahasa ramah, lembut dan tenang
menyamankan sekitar pantai
memberi harapan serta rindu
buat burung camar berkicau dan menyanyi
atau menghiburkan pasangan kekasih
yang sedang asyik bercinta
namun pada hari-hari yang lain
keadaan membentuk laguku menjadi
kasar serta sumbang
lalu kutebarkan gemuruh badai
memecahkan batu dan terumbu karang
membanting kapal dan perahu
maka kuambil nelayan menjadi korban
demikianlah aku sebagai ombak
sering mempunyai bahasa dan rentak
yang tidak terkawal
banyak bergantung pada tingkah laku alam
cuaca serta sentuhan angin
tetapi melalui ungkapan paling mudah
serta dapat difahami oleh semua orang
benarkanlah aku memohon
maaf kepadamu nelayan:
justeru seperti aku memberi ikan sebagai
punca rezekimu
lalu sekaligus aku jugalah
menjadi pangkalan tempat matimu.
Zahari Hasib
Monday, February 29, 2016
[Puisi] Bahasa Gagak - Zahari Hasib
Bahasa Gagak
tidak bisa menarik perhatian sesiapa
justeru suaranya tidak merdu
ungkapannya tidak memikat
melodinya tidak indah
kehadirannya di Bandar Diraja Kelang
dan kota kosmopolitan Kuala Lumpur
sekadar mahu mencari makanan serta
sisa kotoran
buangan dari tangan manusia yang
selama ini terkenal dengan madah atau
puisi-puisinya yang lembut manis,
tapi selepas tiga puluh empat tahun merdeka
masih juga belum mengerti bagaimana
hendak membuangkan sampah
ke tempatnya yang betul
bahasa dan nyanyian gagak tidak
manis indah dan harmoni
seperti juga dirinya yang hodoh
kotor dan hitam,
sehingga oleh kerana keburukan diri
ditambah pula oleh bahasanya yang
tidak pernah merdu-merdu maka
di mana-mana ia perlu ditembak
serta dimatikan oleh manusia
yang berwajah cantik, berbahasa halus
dan pandai sekali berperang!
Zahari Hasib
(antologi Debu di Kaca)
Sunday, February 28, 2016
[Puisi] Zahari Hasib
Puisi pertama Zahari Hasib berjudul "Hakikat" telah tersiar pada Mei 1969 dalam majalah Pemimpin; walau bagaimanapun beliau telah mula menghantar puisinya ke akhbar-akhbar dan majalah tempatan semenjak 1967.
Antologi puisi beliau berjudul "Debu di Kaca" (1995) adalah yang antologi pertama aku beli.
Sebenarnya dua buah antologi puisi beliau telahpun diterbitkan sebelum ini, iaitu Menyorot Kisah dan Ilham ( KL:Penerbitan Bernas, 1989 ) dan Kuntum Harapan-Kumpulan Puisi Remaja ( KL:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 ).
Zahari Hasib menampilkan teknik dan gayanya sendiri yang rasa-rasanya jarang kedapatan pada penyair mapan yang lain. Bahasanya yang seolah-olah bersahaja dan spontan tanpa istilah-istilah bombastik serta metafora yang sukar ditafsir telah memberikan puisi-puisinya suatu kekuatan yang tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan oleh beliau dapat dicerna dengan mudah tanpa memerlukan pemerahan fikiran.
Zahari Hasib telah meninggal dunia pada 26 Februari 2012.
Zahari Hasib telah meninggal dunia pada 26 Februari 2012.
Zahari Hasib, Debu di Kaca,
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1995.
ISBN 983-62-4716-5
Malay poetry. 85 ms.
899.2313
Saturday, February 27, 2016
[Puisi] Seorang Anjing, Seekor Manusia - Zahari Hasib
Pada hari ini, aku tertonton sebuah video Thailand di youtube, " https://www.youtube.com/watch?v=2SMpx-1dV24 ".
Video ini mengingatkan aku kepada sajak Zahari Hasib yang tersiar dalam akhbar pada sekitar 1992-1994 (tarikh sebenar aku tidak ingat. Mungkin Berita Minggu ). Sajak tersebut kemudiannya dimuatkan ke dalam antologi puisi beliau, "Debu di Kaca" yang diterbitkan pada 1995.
Puisi tersebut berjudul," Seorang Anjing, Seekor Manusia".
Seorang Anjing, Seekor Manusia
selalu aku perhatikan
anjing kurus dan kotor itu
melintas lalu di lorong ini
dengan kaki terdengkot
akibat dibaling dengan batu
hari-hari pun begitulah ia
sering mencari makan dengan
menyelongkar tong-tong sampah
di kawasan tersebut meski ia akan
terus dibaling dan dibaling lagi
dengan batu
suatu petang ia tiba-tiba
menyalak dengan lebih nyaring
daripada selalu sambil menarik
sebuah bungkusan plastik berdarah,
untuk seketika sekitar lorong
menjadi gempar lalu orang bergegas
mengejarkan seorang bayi
ke hospital
seekor manusia membuang anak
seorang anjing menyelamatkannya
pada zaman serba canggih
dan maju ini
anjing
kadang-kadang menjadi lebih baik
daripada manusia!
anjing kurus dan kotor itu
melintas lalu di lorong ini
dengan kaki terdengkot
akibat dibaling dengan batu
hari-hari pun begitulah ia
sering mencari makan dengan
menyelongkar tong-tong sampah
di kawasan tersebut meski ia akan
terus dibaling dan dibaling lagi
dengan batu
suatu petang ia tiba-tiba
menyalak dengan lebih nyaring
daripada selalu sambil menarik
sebuah bungkusan plastik berdarah,
untuk seketika sekitar lorong
menjadi gempar lalu orang bergegas
mengejarkan seorang bayi
ke hospital
seekor manusia membuang anak
seorang anjing menyelamatkannya
pada zaman serba canggih
dan maju ini
anjing
kadang-kadang menjadi lebih baik
daripada manusia!
Zahari Hasib, Debu di Kaca, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1995.
ISBN 983-62-4716-5
Malay poetry. 85 ms.
899.2313
ISBN 983-62-4716-5
Malay poetry. 85 ms.
899.2313
Carian terhadap puisi ini di laman sesawang membawa aku ke;
http://dkelopak.blogspot.my/2012_03_01_archive.html
Maka tahulah aku bahawa Zahari Hasib telahpun kembali ke Rahmatullah pada 26 Februari 2012.
Marilah kita hadiahkan al-Fatihah untuk beliau.
Monday, January 4, 2016
[Puisi] Lawatan Lain - Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
Lawatan Lain Selamat tinggal lagi Kensington dalam renyai September ini akulah pesara dunia September ini tupai dan aku tanam berangan Inggeris ke dalam bumi sejagat kembali sara musim kota bulu biri sara kembali. September ini tekukur teratur dan aku tanam dagu di dada menunggu musim hijrah ke selatan menunggu berguru. Selamat tinggal lagi Kensington dan September. 1991
Menurut wikipedia :
Lawatan Lain ialah suatu antologi puisi tulisan Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995.
Pada waktu itu, ia membawa sedikit kelainan kerana adalah di antara karya-karya seorang yang berlatarkan sains dalam penulisan sastera, yang terawal diterbitkan. Ia telah menjadi tumpuan kajian termasuk untuk tesis sarjana oleh sasterawan Mawar Shafei.
Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Lawatan Lain,
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur , 1995.
ISBN 983-62-4770-X
Antologi puisi. 102 ms.
899.2313
http://fizik.um.edu.my/wat/lawlai/
Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
http://fizik.um.edu.my/wat/
sila perhatikan permainan bahasa beliau melalui judul-judul artikel yang diterbitkan dalam Dewan Kosmik suatu masa dahullu;
77. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Lawatan Lain", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 1995 (ISBN: 983-62-4770-X).
79. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Kisah dari Kerdipan-kerdipan di Kosmos", Dewan Kosmik, Feb. 1996.
80. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Lalu Laju-laju", Dewan Kosmik, Mar. 1996.
81. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Mengukur Makna Medan ", Dewan Kosmik, Apr. 1996.
82. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Nasabah: Nalar dan Nanar", Dewan Kosmik, May 1996.
83. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Organisasi Otak dan Organisme", Dewan Kosmik, June 1996.
84. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Perihal Pancaran Pekerma", Dewan Kosmik, July 1996.
85. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Qasidah Qadar yang Qadim?", Dewan Kosmik, Aug. 1996.
86. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Ruang Reyok atau Rekahan?", Dewan Kosmik, Sept. 1996.
87. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Sintaks Sebagai Senibina", Dewan Kosmik, Oct. 1996.
88. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Talian Telekomunikasi Terkini", Dewan Kosmik, Nov. 1996.
89. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Mating Frequency, Lifespan and Fitness", Pros. Persidangan Fizik Kebangsaan 1996, Penang , 1996 (ed. A. A. Tajuddin et al.), pp 25-33.
90. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Sains Celaru dan Sastera", presented at Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur , Dec. 1996. [Amipro (726 kb)]
91. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Umpama Unggunan Usali", Dewan Kosmik, Dec. 1996.
92. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Verifikasi Variasi Versi", Dewan Kosmik, Jan. 1997. [HTML]
93. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Wawasan Warkah Warisan", Dewan Kosmik, Feb. 1997.
Tuesday, March 3, 2015
[Puisi] Menyusur Musim - Lim Swee Tin
Lim Swee Tin, Menyusur Musim,
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
ISBN 983-62-2309-6
Malay poetry. 62 ms.
899.231
Monday, March 2, 2015
[Puisi] Lim Swee Tin
Lim Swee Tin dilahirkan pada 26 September 1952 di Bachok, Kelantan.
Selepas menamatkan pendidikan menengah beliau mengikuti kursus di Maktab Perguruan Pulau Pinang dan terus bertugas sebagi pendidik di Sekolah Menengah Hamzah, Machang, Kelantan.
Bidang penulisan yang diceburi ialah puisi, cerpen dan esei-esei sastera dan budaya.
Karyanya banyak termuat dalam beberapa buah akhbar dan majalah terkenal di tanahair, juga dalam beberapa buah antologi bersama.
Diantara bukunya ialah Eva (1981), dan Akrab memenangi hadiah penghargaan Anugerah Puisi Putra II (1983).
Beliau juga merupakan pemenang Hadiah Penghargaan Penulis Bukan Melayu Terbaik dalam sayembara Cerpen Esso-Gapena III dan VI dengan judul cerpen "Tapah" dan "Gok". Beliau telah beberapa kali menerima Hadiah Sastera Malaysia iaitu 1982/1983, 1986/1987 dan 1988/1989.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan penerima SEA Award 2000.
Pisau
pisau terhunus di mana-mana
aku tak takut lagi kepada pisau
luka telah mengajarku erti darah
erti tusuk dan kalaupun ada ngeri
telah berbeza makna kengerian itu.
dibaringkan pisau ditelentangkan pisau
sudah kukenal arah siatnya
kulit dan daging yang terkopak
bagaimana mendiamkan raung menenangkan dendam
kukenallah sudah
datanglah seratus pisau seribu pisau
tak mungkin akan berpaling lagi
risau telah tumpul bahkan semakin lunak
telah juga kutemui makna kelunakan itu.
.
Sunday, February 15, 2015
[Puisi] Kau Pasti Terbangun - Rosli K. Matari
Kau Pasti Terbangun
Maut telah sampai
tetapi tidak terus mengetuk
pintu kamar.
Ia berhenti di luar
sambil melhat-lihat
alamat rumahmu.
Melihat ufuk waktu
semakin bertompok kelam
pohon-pohon di ujung malam
meluruhkan daun-daun tua.
Angin basah membawa bau tanah
tetapi tidak masuk ke dalam kamar
kaca jendela itu sejak dulu
menjagamu dengan baik
daripada dingin malam.
Tidak pernah tercium olehmu
bau tanah itu.
Maut masih mundar-mandir
di pekarangan
sesekali menjenguk
dari luar kaca jendela
mendengar dengkurmu
masih menimbang lena dan mimpi.
Sebentar lagi
ia akan mengetuk pintu
dan kau pasti terbangun.
1987
Maut telah sampai
tetapi tidak terus mengetuk
pintu kamar.
Ia berhenti di luar
sambil melhat-lihat
alamat rumahmu.
Melihat ufuk waktu
semakin bertompok kelam
pohon-pohon di ujung malam
meluruhkan daun-daun tua.
Angin basah membawa bau tanah
tetapi tidak masuk ke dalam kamar
kaca jendela itu sejak dulu
menjagamu dengan baik
daripada dingin malam.
Tidak pernah tercium olehmu
bau tanah itu.
Maut masih mundar-mandir
di pekarangan
sesekali menjenguk
dari luar kaca jendela
mendengar dengkurmu
masih menimbang lena dan mimpi.
Sebentar lagi
ia akan mengetuk pintu
dan kau pasti terbangun.
1987
Monday, February 9, 2015
[Puisi] Tanpa Judul - Rosli K. Matari
Tanpa Judul - Rosli K. Matari
Ada saat-saat malam diulangkan kembali
tanpa bintang-gemintang dan bulan
tercatat di angkasa.
Dalam kelam
kau harus mengingati kembali
jarak belukar, jejak di paya
rumbun buluh, ilalang
bahkan jalan terpencil
menuju ke tanah makam.
Daun-daun tua
seakan luruh dalam jiwamu
punggur
seakan hatimu yang sepi
ilalang
seakan tumbuh dalam mimpi.
Bunyi sungai
mengalir dalam jiwamu
tapi harus kau biarkan
mencari jeram.
Angin melintas
menyergap daun-daun tua
mengingatkan tanah sedang menunggunya.
Di kejauhan
api pelita mengerdip kecil
menembus gulita
seakan mantera
menghembus rahsia dan makna.
1977
Ada saat-saat malam diulangkan kembali
tanpa bintang-gemintang dan bulan
tercatat di angkasa.
Dalam kelam
kau harus mengingati kembali
jarak belukar, jejak di paya
rumbun buluh, ilalang
bahkan jalan terpencil
menuju ke tanah makam.
Daun-daun tua
seakan luruh dalam jiwamu
punggur
seakan hatimu yang sepi
ilalang
seakan tumbuh dalam mimpi.
Bunyi sungai
mengalir dalam jiwamu
tapi harus kau biarkan
mencari jeram.
Angin melintas
menyergap daun-daun tua
mengingatkan tanah sedang menunggunya.
Di kejauhan
api pelita mengerdip kecil
menembus gulita
seakan mantera
menghembus rahsia dan makna.
1977
Monday, February 2, 2015
[Puisi] Rosli K. Matari
Rosli K. Matari pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1988/1989, hadiah utama dalam Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank 1990, 1991, 1992, 1993, dan hadiah penghargaan pada tahun 1995, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997, hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - ExxonMobil 2011, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, serta hadiah Penghargaan Karyawan Kelantan 2013.
Aku tidak ingat kali bila pertama aku membaca puisi beliau. Boleh jadi di dalam Dewan Sastera pada 1993 atau 1994. Boleh jadi sajak Bayang dan Songsang di bawah ini termuat dalam isu Dewan Sastera tersebut.
Ada beberapa blog dan laman maya yang merakam karya-karya beliau. Antaranya :
http://sajaksajakdaun.blogspot.my/
http://kilausetitiksinar.blogspot.my/
https://www.goodreads.com/author/quotes/4187902.Rosli_K_Matari
Foto berikut ini, jikalau tak salah saya, termuat dalam isu Dewan Sastera tersebut.
(foto diambil dari blog http://sajaksajakdaun.blogspot.my/)

Foto berikutnya, adalah beliau setelah lebih berusia.
(daripada blog http://shapiaimohdramly.blogspot.my/2009/10/kilau-setitik-sinar-rosli-k-matari.html)

Bayang dan Songsang - ( Rosli K. Matari )
I
Apakah kerana aku hanya bayang susukmu
maka kita harus berpisah setiap hujung senja?
Sedang kaukekal lama sebagai songsang di situ.
Aku menjelma antara ada dan tiada keranamu.
Apakah aku tidak boleh kekal lama di sini?
II
Kaukira aku dan matahari si tua bangka itu
yang menciptamu?
Selepas ini aku mungkin tinggal tunggul.
Bayangmu akan menjadi lebih pendek lagi.
Kalau Tuhan mencabutku hingga tidak bersisa lagi,
apakah kau boleh ketemu aku semula?
1978
Aku tidak ingat kali bila pertama aku membaca puisi beliau. Boleh jadi di dalam Dewan Sastera pada 1993 atau 1994. Boleh jadi sajak Bayang dan Songsang di bawah ini termuat dalam isu Dewan Sastera tersebut.
Ada beberapa blog dan laman maya yang merakam karya-karya beliau. Antaranya :
http://sajaksajakdaun.blogspot.my/
http://kilausetitiksinar.blogspot.my/
https://www.goodreads.com/author/quotes/4187902.Rosli_K_Matari
Foto berikut ini, jikalau tak salah saya, termuat dalam isu Dewan Sastera tersebut.
(foto diambil dari blog http://sajaksajakdaun.blogspot.my/)

Foto berikutnya, adalah beliau setelah lebih berusia.
(daripada blog http://shapiaimohdramly.blogspot.my/2009/10/kilau-setitik-sinar-rosli-k-matari.html)

Bayang dan Songsang - ( Rosli K. Matari )
I
Apakah kerana aku hanya bayang susukmu
maka kita harus berpisah setiap hujung senja?
Sedang kaukekal lama sebagai songsang di situ.
Aku menjelma antara ada dan tiada keranamu.
Apakah aku tidak boleh kekal lama di sini?
II
Kaukira aku dan matahari si tua bangka itu
yang menciptamu?
Selepas ini aku mungkin tinggal tunggul.
Bayangmu akan menjadi lebih pendek lagi.
Kalau Tuhan mencabutku hingga tidak bersisa lagi,
apakah kau boleh ketemu aku semula?
1978
[Puisi] Bayang dan Songsang - Rosli K Matari
Bayang dan Songsang - ( Rosli K. Matari )
I
Apakah kerana aku hanya bayang susukmu
maka kita harus berpisah setiap hujung senja?
Sedang kaukekal lama sebagai songsang di situ.
Aku menjelma antara ada dan tiada keranamu.
Apakah aku tidak boleh kekal lama di sini?
II
Kaukira aku dan matahari si tua bangka itu
yang menciptamu?
Selepas ini aku mungkin tinggal tunggul.
Bayangmu akan menjadi lebih pendek lagi.
Kalau Tuhan mencabutku hingga tidak bersisa lagi,
apakah kau boleh ketemu aku semula?
1978
Monday, January 26, 2015
[Puisi] Terbang merpatiku terbang
tidak ingat dari mana aku mendapatinya, boleh jadi rekaanku sendiri?
"terbang merpatiku terbang
terbang ke benua seberang
bawa cerita lukaku yang hitam
darah dari luka seribu liang."



"terbang merpatiku terbang
terbang ke benua seberang
bawa cerita lukaku yang hitam
darah dari luka seribu liang."
Monday, January 19, 2015
[Puisi] Kids grow Little by Little
rangkapan dari sebuah poskad;
"kids grow little by little everyday
and childhood
slowly turns into memories."
"kids grow little by little everyday
and childhood
slowly turns into memories."
Monday, January 12, 2015
[Puisi] Sejarah tidak dikisahkan oleh Perajurit
Maaf, saya tidak dapat ingat dari mana saya terbaca rangkapan ini, mungkin dari novel.
"sejarah tidak dikisahkan
oleh perajurit
mahupun petualang
tetapi sejarah
hanya dikisahkan oleh masa."
Monday, January 5, 2015
[Puisi] Benarlah bahawa garis pantai itu amat panjang
Saya tidak ingat dari manakah saya membacanya, tetapi rasanya dari sebuah novel.
"benarlah bahawa garis pantai itu amat panjang,
ribut telah memusnahkan batu-batu dan istana pasir,
namun aku belum menemukan titik akhir."
Subscribe to:
Posts (Atom)
