Monday, December 2, 2019

Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Jalan Betik Bukit Mertajam

ambil cuti untuk hantar anak ke MFLS. lepas hantar anak, bawa anak-anak yang lain ke Kolam Renang Awam Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Jalan Betik Bukit Mertajam.

tiba di situ kira-kira jam 11.30pagi. cuaca mendung, jadi, tidak terlalu panas untuk bermain sehingga jam 1.00 tengah hari.

masa operasi ada dua sesi iaitu,  9.00-1.00 , dan 4.00-7.00.

yuran masuk adalah sangat murah, iaitu RM1.00 per kepala, dikecualikan kepada warga emas 60 tahun ke atas dan OKU.

agak bersih , tiada najis terapung seperti yang dihebohkan dulu.
sebahagian besar jubin yang tertanggal telah dibaiki, khususnya untuk  kolam kanak-kanak. kolam yang paling dalam masih banyak jubin yang tertanggal.

http://jellysmommy.blogspot.com/2017/06/mpsp-taman-tema-kompleks-sukan-rekriasi.html

No comments:

Post a Comment