Friday, October 25, 2019

Underground Masjid in Singapore


Berada di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Singapura (Central Business District-CBD). Masjid Moulana Mohamad Ali adalah satu-satunya masjid bawah tanah di Singapura.
Ia terletak di pinggir Sungai Singapura, di aras bawah tanah bangunan yang kedua tertinggi di Singapura, iaitu bangunan UOB Plaza One.
Foto ihsan Google Maps
Tersembunyi di celah-celah bangunan yang menjulang tinggi dalam Daerah Pusat Perniagaan, kita memang mudah terlepas pandang pintu masuk ke masjid tersebut yang berada pada paras jalan, terletak di antara bangunan UOB Plaza One dan restoran McDonald di Boat Quay.


Foto daripada UOB Plaza.


Semenjak 1994, Masjid Moulana telah menjadi tumpuan Muslim yang bekerja di pejabat-pejabat di kawasan Shenton, terutamanya untuk solat Jumaat.
Walaubagaimanapun, masjid tersebut pada asalnya terletak di tempat lain, dan sejarah masjid tersebut bermula lebih awal lagi daripada kemerdekaan Singapura.
Berikut adalah kisah bagaimana masjid tersebut boleh berpindah ke lokasi barunya di bawah bangunan UOB Plaza One.
Sejarah Masjid

Masjid Moulana pada asalnya berada pada paras tanah berhampiran No.16 dan No.18 Market Street,  menempati ruang di antara dua buah kedai dua tingkat.
Kedai-kedai tersebut telah dibeli oleh tiga orang lelaki Muslim pada 1953 dan 1955, kerana mereka melihat adanya keperluan tempat solat di Daerah Pusat Perniagaan Singapura.

Screenshot from One Historical Map, map from 1966.

Beginilah pemandangan Market Street pada 1950-an.

Market Street pada 1953.Foto daripada NAS.
Berpindah ke Lokasi Baru
Pada hujung 1970-an dan 1980-an, Daerah Pusat Perniagaan berkembang dengan pesatnya. Dengan itu, banyak bangunan lama telah dibeli dan berpindahmilik untuk memberi laluan kepada pembangunan.
Ketika itu, UOB bercadang untuk memajukan kawasan sekitar Market Street. Mereka telah membeli kebanyakan bangunan di sekitar masjid, tetapi tidak dapat meneruskan projek tersebut kerana masjid tersebut berada di tengah pelan pembangunan.  
Pada 1982, selepas perbincangan yang panjang lebar, rumah kedai di Market Street telah dilepaskan dengan syarat lokasi baru masjid tersebut berpindah ke lokasi sekarang, iaitu di bawah UOB Plaza.
Masjid bawah tanah itu mula dibuka kepada orang awam pada 1995. Pada masa itu, masjid tersebut hanya mampu memuatkan 350 ahli jemaah pada satu-satu masa.
Beginilah rupa masjid pada ketika itu. 
Pada Oktober 2013, masjid tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian sebelum ia dibuka semula pada 2015 dengan ruang solat yang lebih luas dan dilengkapi dengan  penyaman udara.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura, masjid tersebut kini mampu menempatkan kira-kira 800 ahli jemaah. Masjid ini menganjurkan solat 5 waktu setiap hari, termasuk solat Jumaat serta ceramah-ceramah jemputan.
Beginilah rupa Masjid Moulana Mohamad Ali pada hari ini.

No comments:

Post a Comment