Tuesday, December 31, 2019

Berguru Kepalang Ajar

hari ini hari pertama persekolahan. saya terlewat.
anak-anak darjah satu sudah berkumpul di dewan.
kelas telah ditentukan dan beg sekolah sudah diletakkan di dalam kelas masing-masing.
saya tinggalkan anak di dewan, lalu membawa beg dan buku tulis ke kelas.

saya dapati meja-meja di bagian hadapan telah diduduki, hanya tinggal meja di bahagian belakang.
sudah nasib engkau wahai anak, terpaksa duduk di belakang.

saya tidak menyukai bahagian belakang kerana secara teorinya, pelajar yang duduk di bahagian belakang akan mudah hilang tumpuan ketika belajar. mungkin mengusik, disuik, atau berbual bersama kawan dan lain-lain.

namun nampaknya sekolah ini (mungkin semua sekolah?) ada cara untuk mitigate masalah ini.
meja guru diletakkan di belakang kelas.

saya fikir ini idea yang cukup bernas.

ketika sesi penerangan, pelajar di belakang mungkin disadvantage kerana sukar memberi tumpuan. tetapi ketika sesi membuat kerja, pelajar di belakang akan sukar bermain kerana dekat dan mudah dipantau oleh guru.

idea yang bernas.


No comments:

Post a Comment