jam tangan yang telah sekian lama saya gunakan ialah dari jenama Casio.
ia telah berubah dari model ke model.
model terkini yang telah dan sedang saya gunakan sejak beberapa tahun yang lalu ialah Casio F-201WA.
https://www.casio.com/products/watches/classic/f201wa-1av
saya membeli model ini kerana model sebelumnya telah -kononnya- tidak dikeluarkan lagi.
dahulu, saya biasa menukar tali jam dengan harga bawah RM10.00, kalau lebih sikit pun adalah di bawah RM15.00
kedai tersebut telah tiada, mungkin berpindah ke tempat lain.
kedai kali ini meminta RM20 untuk menukar tali. RM5 untuk rod besi pemegang tali itu.
wau! zaman telah berubah.
saya fikir, pada harga RM20, mungkin saya boleh membeli sebuah jam tangan dari lazada.
saya menempah/membeli SKMEI 1251 pada harga RM19.90 + RM4.60 (pos) pada 26 September 2019.
ia tiba pada 22 Oktober 2019.
jauh perjalanannya dari negara China.
untuk model ini, anda sebenarnya boleh membelinya dengan harga yang lebih murah, kerana saya dapati ada yang menjual model ini pada harga RM15.00
ia juga dijual di bawah jenama SANDA model 2003/2.
bagi saya, jam ini agak besar untuk tangan saya.
saya lebih sukakan jam yang lebih ringan , lebih kecil dan lebih nipis.
masalah jam ini mungkin terletak pada talinya, tidak tahu di mana mahu mencari gantinya, jika putus.
saya ingin melihat yang manakah akan binasa terlebih dahulu, bateri, jam atau talinya.
untuk makluman, saya biasanya sentiasa memakai jam, 24jam sehari. Casio saya yang lama itu, biasanya tali akan putus lebih kurang setelah setahun berlalu, tika jam berdetik.
No comments:
Post a Comment