[Puisi] Bayang dan Songsang - Rosli K Matari
Bayang dan Songsang - ( Rosli K. Matari )IApakah kerana aku hanya bayang susukmumaka kita harus berpisah setiap hujung senja?Sedang kaukekal lama sebagai songsang di situ.Aku menjelma antara ada dan tiada keranamu.Apakah aku tidak boleh kekal lama di sini?IIKaukira aku dan matahari si tua bangka ituyang menciptamu?Selepas ini aku mungkin tinggal tunggul.Bayangmu akan menjadi lebih pendek lagi.Kalau Tuhan mencabutku hingga tidak bersisa lagi,apakah kau boleh ketemu aku semula?1978
No comments:
Post a Comment