Friday, May 31, 2024

Doa Kepada Pengantin dan Lagu Kenduri Kahwin

Doa Kepada Pengantin 

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil 'aalamin. Wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaaai wal mursalin. Wa 'ala aalihi wasahbihi ajma'iin.

Baarakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair (3x).

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,  

Kau berkatilah perkahwinan kedua mempelai ini, kau himpunkanlah mereka dalam kebaikan, dan Kau rahmatilah mereka sehingga ke akhir hayat mereka.

Kau tunjukkanlah kepada mereka, Ya Allah, jalan-jalan hidayah dan ketakwaan. 

Kau jadikanlah mereka sentiasa berkasih sayang, sentiasa bertolak ansur, bertoleransi dan sentiasa bersabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan rumahtangga. 

Kau kurniakanlah kepada mereka komunikasi yang baik, serta sifat-sifat mahmudah. Kau peliharalah mereka daripada sifat-sifat mazmumah, serta selamatkanlah mereka daripada segala fitnah.

Ya Allah, Ya Ghaniy, Ya Razzaq, 

Kau kurniakanlah kepada mereka rezeki yang luas dan melimpah-ruah, rezeki yang halal dan diberkati, sehingga mereka sentiasa berasa cukup dan Qana'ah, tanpa berhajat kepada sumber rezeki yang haram.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, 

Kau kurniakanlah kepada mereka anak-anak dan zuriat keturunan yang soleh, solehah dan bertaqwa, anak-anak yang sentiasa membantu meninggikan agama Allah, yang sentiasa berusaha menggembirakan ibu-bapa, dan yang sentiasa memberi manfaat kepada Agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Hannan, Ya Mannan, Ya zal-Jalaali wal Ikram,

Kau permudahkanlah dan lancarkanlah urusan walimatul 'urus kami pada hari ini. Kau berkatilah dan rahmatilah perhimpunan kami ini, dan janganlah kaubiarkan kami pulang melainkan setelah mendapat pengampunan daripada mu.

Rabbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qina 'azaabannar.

Wa sallallahu 'ala Saiyidina Muhammadin wa 'ala aalihi wa sahbihi wa baraka wasallam. Walhamdulillahi rabbil 'aalamiin.


...........................................

 setengah tuan rumah tak minat untuk panggil deejay untuk meriahkan majlis, memadai dengan memainkan alunan lagu-lagu dari speaker.


pada hemat saya, tidak perlu lagu yang banyak, 15 lagu sudah cukup.

dengan menganggap durasi satu lagu adalah 5 minit, 12-15 lagu sudah cukup untuk cover selama satu jam. kebanyakan tetamu tidak akan duduk selama satu jam.

lagu-lagu cadangan : 

1- Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma  - lagu wajib,  boleh selang seli banyak kali
https://www.youtube.com/watch?v=mHpTdsBbYRM
 
2- Maher Zain - Ya Nabi Salam Alaika
https://www.youtube.com/watch?v=25wH52RSam8

3-Maher Zain - Mawlaya
https://www.youtube.com/watch?v=CY2eP_Hceq4

4-Maher Zain - Raqqat Ayna
https://www.youtube.com/watch?v=xwg9Lf5ruUE

untuk versi Bahasa Melayu boleh guna cover oleh Iman Farrar.
4b-Iman Farrar - Raqqat Ayna

untuk Maher Zain versi wanita, bole guna cover Bahasa Arab oleh Puja Syarma.
4c-Puja Syarma - Raqqat Ayna 

5-The SWAN - Yaa Nabi Salaam Alaika 

6-Iwan Syahman - Rindu Allah Sayang Allah

7- Iwan Syahman - Semuanya Allah Punya

8-Iwan Syahman - Tiada Tuhan Selain Allah 

11-Derry Sulaiman - Orang Kaya Mati 

12-Derry Sulaiman - Dunia Sementara Akhirat Selamanya

12b -bagaimanapun, saya lebih suka versi gabungan Derry, Ijam, Iwan, Mel, Ali
https://www.youtube.com/watch?v=xgbqUF6fghU&list=RDNe1jnUlyvn0&index=7

13-Lau Kana Bainana - Arab by Abdul Rahman Mohammed

jika nak lagu slow, mungkin boleh :

15-Jangan Ada Dusta di Antara Kita - Broery Romantika & Dewi Yull

16-Kita Bikin Romantis - MALIQ & D’Essentials

17-Dear Diary - Els Warouw

Thursday, August 17, 2023

Sejarah Telefon Bimbit

 ketika membuat kemasan, terjumpa satu senarai. ya, senarai telefon bimbit yang pernah saya gunakan (bukan senarai lengkap).

pada zaman sekitar 80an, kebanyakan rumah tiada telefon, yang masyhurnya ialah penggunaan telefon awam.

telefon yang ada di rumah adalah biasanya jenis rotary dial.


begitu juga telefon awam, juga jenis rotary dial.


setelah masa berlalu, telefon bertukar kepada jenis push button untuk telefon rumah dan juga awam. telefon awam juga telah bertukar sebahagiannya kepada penggunaan kad fon selain syiling.

tahun 90an memperlihatkan alat kelui/ pager yang mempelopori teknologi telefon mudah alih. Antara yang masyhur ketika itu ialah ATUR.

telefon mudah alih atau telefon bimbit mula mengecil saiznya pada akhir 90an. 

http://www.lepak.com.my/2018/04/evolusi-telefon-bimbit.html

berikut adalah telefon bimbit yang pernah saya guna : 

Sanyo CDMA One C204SA . Okt 1998~Mar 2001.

Sanyo CDMA One C304SA . Mar 2001~Mar 2003

Sanyo CDMA One C405SA . Sep 2001~Mar 2003 .

C102K Kyocera ExNavi TG200 . Aug 2003~Oct 2004.

Nokia 3315 . Oct 2004~May 2005

Nokia 3210

Nokia 3315 . May 2005~May 2006.

Sony Ericsson T100. 7 May 2006~14 Aug 2006. sold

Nokia 8250 . early June~end June 2006.

Nokia 3315 . 5 Jul 2006~ 4 Aug 2006

Nokia 3310 . 9 Aug 2006~ sold

Motorola C380 . 17 Aug 2006~ May 2008

Motorola C350 . 12 Sep 2006~ Dec 2007.

Samsung SGH-R200S. 13 Sep 2006 ~ Sep 2008.

Nokia 5210. 28 Sep 2006 ~

Siemens 6618. 2 Nov 2006 ~ Sep 2008.

Nokia 5210. Jan 2007 ~ sold

Nokia 8250. 9 Feb 2007 ~ sold

Motorola C115. 12 Feb 2007~ Dec 2007. sold

Motorola C550. Jan 2008~ 15 Sep 2008.

Motorola L6. 1 Mar 2008~28 May 2008

Nokia 1200. June 2008 ~

Samsung SGH E250. 15 Sep 2008 ~

Nokia 5130. June 2009 ~ 4 June 2010.

CSL i-200. June 2010 ~

Nokia 1280 13 May 2013 ~

Nokia 6220 Classic Nov 2012~

Nokia X2-02 2013 ~

Nokia 105 21 Dec 2013 ~

Lenovo A850

Samsung Galaxy S2 Plus i9105P

Sony Xperia Tipo

Asus Zenfon Max Pro M1

Blackview BV6000 2018

Redmi 9C Jan 2023

Infinix Hot 30i 2023


Sanyo CDMA One C204SA . Okt 1998~Mar 2001.

saya guna warna silver, tak dapat cari gambarnya di internet. yang paling dekat rupanya saya rasa ialah seperti ini; 

ini adalah D204SA. rujukan : https://time-space.kddi.com/ketaizukan/1999/45.html


Sanyo CDMA One C304SA . Mar 2001~Mar 2003





https://time-space.kddi.com/ketaizukan/2000/33.html
https://www.watch.impress.co.jp/mobile/news/1999/11/25/pone2.htm
https://hodogaya-mock.ocnk.net/product/2156

Sanyo CDMA One C405SA . Sep 2001~Mar 2003 






https://k-tai.watch.impress.co.jp/cda/article/news_toppage/1130.html
https://k-tai.watch.impress.co.jp/cda/article/showcase_top/3947.html
https://time-space.kddi.com/ketaizukan/2000/2.html


C102K Kyocera ExNavi TG200 . Aug 2003~Oct 2004.


https://www.gsmarena.com/kyocera_tg_200-reviews-184p3.php

Nokia 3315 . Oct 2004~May 2005


Nokia 3210


Nokia 3315 . May 2005~May 2006.

Sony Ericsson T100. 7 May 2006~14 Aug 2006. sold


Nokia 8250 . early June~end June 2006.


Nokia 3315 . 5 Jul 2006~ 4 Aug 2006

Nokia 3310 . 9 Aug 2006~ sold


Motorola C380 . 17 Aug 2006~ May 2008

Motorola C350 . 12 Sep 2006~ Dec 2007.


Samsung SGH-R200S. 13 Sep 2006 ~ Sep 2008.

https://www.pinterest.com/pin/344243965262489876/

Nokia 5210. 28 Sep 2006 ~



Siemens 6618. 2 Nov 2006 ~ Sep 2008.


https://www.mobile01.com/topicdetail.php?f=175&t=55874


Nokia 5210. Jan 2007 ~ sold

Nokia 8250. 9 Feb 2007 ~ sold

Motorola C115. 12 Feb 2007~ Dec 2007. sold

Motorola C550. Jan 2008~ 15 Sep 2008.

Motorola L6. 1 Mar 2008~28 May 2008

Nokia 1200. June 2008 ~

Samsung SGH E250. 15 Sep 2008 ~

Nokia 5130. June 2009 ~ 4 June 2010.

CSL i-200. June 2010 ~

Nokia 1280 13 May 2013 ~



Nokia 6220 Classic Nov 2012~



Nokia X2-02 2013 ~



Nokia 105 21 Dec 2013 ~





Lenovo A850

Samsung Galaxy S2 Plus i9105P

Sony Xperia Tipo

Asus Zenfon Max Pro M1

Blackview BV6000 2018

Redmi 9C Jan 2023

Infinix Hot 30i 2023

Wednesday, May 3, 2023

Jet li

 Ma Xian Da merupakan guru Wushu kepada Jet Li.

Beliau meninggal pada 2013.

Ma Xianda telah dilahirkan dalam keluarga Muslim Hui pada tahun 1932 di Wilayah Hebei, China. Beliau yang merupakan generasi keenam dalam keluarga yang mengamalkan seni bela diri wushu ini telah mencapai peringkat tertinggi dalam seni bela diri ini dan digelar sebagai Grandmaster Ma Xianda.

Dilaporkan bahawa generasi pertama keturunan Hui telah terinspirasi dengan sepotong hadis daripada Nabi SAW tentang kesihatan tubuh badan iaitu:

“Muslim yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah…”

Hasilnya, wujudlah teknik seni bela diri Hui yang bertitik tolak daripada falsafah yang diambil daripada hadis tersebut lalu digabung dengan teknik-teknik wushu yang lain.

Selain daripada wushu, beliau juga tidak ketinggalan mempelajari seni mempertahankan diri yang lain seperti boxing, tinju gaya Mongolia (Shuai Jian) dan juga teknik ‘pagar’.

Lebih 20 orang pelajar di bawah didikannya telah telah memperoleh anugerah yang disebut sebagai ‘Wu Ying’ atau ‘Pahlawan Seni Bela Diri’. Gelaran ini diberi kepada atlet yang telah mendapat kedudukan tiga teratas lebih daripada sekali dalam kejohanan antarabangsa China.

Dianggarkan bahawa beliau telah mengajar sekitar 10,000 orang pelajar seni bela diri sepanjang hidupnya termasuklah Chanjun dan juga Jet Li. Pada tahun 1980, beliau telah menjadi pelatih seni bela diri dan ketua koreografer bagi filem ‘The Shaolin Temple’ yang turut dibintangi oleh Jet Li.


Monday, April 24, 2023

infinix HOT 30i

 time nak raya ni phone kong pulak. terpaksa buat tindakan segera, dengan budget bawah 500, dapat infinix hot 30i pada harga 455.

4/128. android 12.

ini spec yang paling penting. storage mesti lebih 64, android mesti atas 10.


https://www.gsmarena.com/infinix_hot_30i-12216.php

 


Sunday, January 1, 2023

Redmi 9C 4/128

hari ini dalam sejarah.

terpaksa mendapatkan sebuah phone baru (second hand) apabila handphone lama secara tiba tiba tidak dapat dicaj dah tidak dapat hidup.

pada sekitar Ogos 2017, saya telah membeli Blackview BV6000 Original(black)+3GB RAM 32GB ROM +4G Smartphone ( Waterproof ) dari lazada.

ini adalah untuk menggantikan sebuah telefon Lenovo yang telah saya lupa akan namanya. Mungkin Lenovo A680.

pada kira-kira Disember 2019, telefon bimbit saya Blackview BV6000 secara tiba-tiba tidak dapat lagi dihidupkan.rasanya ada cubaan menukar bateri baharu tetapi akhirnya tiada kejaiban. Terpaksa mendapatkan sebuah telefon bimbit baharu. Saya berjaya mendapatkan sebuah Asus Zenfone Max Pro M1 X00TD secondhand.

keadaan yang sama, pada situasi yang sama, Asus Zenfone Max Pro M1 X00TD gagal dihidupkan, walaupun setelah digantikan dengan bateri baharu. Mungkin rosak motherboard atau charging port.

Redmi 9C 4/128 memulakan tirai 2023. harapnya bertahan lama.


Saturday, December 3, 2022

Pendidikan

" pendidikan ialah proses memanusiakan manusia " - Syed Muhammad Naquib Al-Attas

kebanyakan sekolah mengajarkan silibus yang sama untuk semua pelajar, dan pelajar terpaksa melalui sistem / bahan ujian yang sama. pada hakikatnya, setiap pelajar mempunyai minat serta kebolehan yang berbeza.

hasil daripada ujian nasional tersebut, akan ada pelajar cemerlang dan ada pelajar tidak cemerlang. ini kerana ujian tersebut adalah seragam, namun kebolehan pelajar adalah berbeza. 

terdapat dua masalah pelajar, pertama : keputusan peperiksaan tidak menepati kursus yang diminati, kedua : kekurangan dana untuk belajar kursus yang diminati.

ini menyebabkan pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ia minati.

Albert Einstein wrote, “Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.



masalah ini cuba diketengahkan di dalam filem Big Brother (2018) dibintangi oleh Donnie Yen serta 3 Idiots (2009) oleh Aamir Khan.











Monday, March 14, 2022

Hikaru No Go


dalam ingatan saya, kali pertama saya membaca Hikaru no Go ialah ketika bab 149.

https://mangayeh.com/manga/hikaru-no-go

https://en.wikipedia.org/wiki/Hikaru_no_Go

dua majalah mingguan yang boleh dikatakan paling popular ialah Sunday Comic dan Jump Comic. Ketebalan setiap satu naskhah adalah kira-kira 48 mm. Sunday diterbitkan pada setiap hari Ahad dan Jump pada setiap hari Isnin. Jika anda pelanggan tegar kedua-dua majalah ini, dalam masa sebulan, akan ada 8 naskhah di rak buku anda, dan ini akan memakan ruang yang besar sebanyak kira-kira setengah meter.

Oleh itu biasanya, majalah-majalah ini akan dibuang begitu sahaja selepas dibaca. Mereka yang rajin akan menyimpan beberapa minggu dan mengikat lalu membuangnya bersama surat khabar lama kira-kira setiap bulan atau setiap beberapa bulan.

Pada suatu hari, saya mengambil satu naskhah Weekly Jump dari tempat pembuangan sampah, dan terbaca bab 149 Hikaru no Go.

bermula daripada itu, saya telah membeli jilid-jilid lama sehinggalah jilid terakhir pada jilid 23 iaitu bab ke 191.

Hikaru no Go telah disiarkan dalam Weekly Jump bermula 1999 sehingga 2003, sebanyak 23 jilid telah dibukukan.

Berikut adalah kaedah pembukuan siri-siri popular. 

Pada mulanya, sesuatu komik akan disiarkan dalam majalah mingguan. setelah berlalu beberapa bab, sekitar 8-12 bab (iaitu kira-kira 3 bulan), ia akan dijilidkan. Edisi jilid mungkin akan ada sedikit pembetulan dibuat. misalnya ada complaint dari pembaca pada edisi mingguan. Setelah edisi jilid dikeluarkan, setelah beberapa lama, baharulah dibuat edisi anime. edisi anime pun mungkin akan sedikit berbeza daripada edisi jilid.

Boleh juga berlaku proses yang terbalik, iaitu suatu anime popular dikomikkan kemudian.

pada 2020, China telah  menghasilkan drama Hikaru no Go.

https://www.iq.com/album/hikaru-no-go-2020-1d4mf8z153x?lang=en_us