Sunday, January 1, 2023

Redmi 9C 4/128

hari ini dalam sejarah.

terpaksa mendapatkan sebuah phone baru (second hand) apabila handphone lama secara tiba tiba tidak dapat dicaj dah tidak dapat hidup.

pada sekitar Ogos 2017, saya telah membeli Blackview BV6000 Original(black)+3GB RAM 32GB ROM +4G Smartphone ( Waterproof ) dari lazada.

ini adalah untuk menggantikan sebuah telefon Lenovo yang telah saya lupa akan namanya. Mungkin Lenovo A680.

pada kira-kira Disember 2019, telefon bimbit saya Blackview BV6000 secara tiba-tiba tidak dapat lagi dihidupkan.rasanya ada cubaan menukar bateri baharu tetapi akhirnya tiada kejaiban. Terpaksa mendapatkan sebuah telefon bimbit baharu. Saya berjaya mendapatkan sebuah Asus Zenfone Max Pro M1 X00TD secondhand.

keadaan yang sama, pada situasi yang sama, Asus Zenfone Max Pro M1 X00TD gagal dihidupkan, walaupun setelah digantikan dengan bateri baharu. Mungkin rosak motherboard atau charging port.

Redmi 9C 4/128 memulakan tirai 2023. harapnya bertahan lama.


Saturday, December 3, 2022

Pendidikan

" pendidikan ialah proses memanusiakan manusia " - Syed Muhammad Naquib Al-Attas

kebanyakan sekolah mengajarkan silibus yang sama untuk semua pelajar, dan pelajar terpaksa melalui sistem / bahan ujian yang sama. pada hakikatnya, setiap pelajar mempunyai minat serta kebolehan yang berbeza.

hasil daripada ujian nasional tersebut, akan ada pelajar cemerlang dan ada pelajar tidak cemerlang. ini kerana ujian tersebut adalah seragam, namun kebolehan pelajar adalah berbeza. 

terdapat dua masalah pelajar, pertama : keputusan peperiksaan tidak menepati kursus yang diminati, kedua : kekurangan dana untuk belajar kursus yang diminati.

ini menyebabkan pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ia minati.

Albert Einstein wrote, “Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.



masalah ini cuba diketengahkan di dalam filem Big Brother (2018) dibintangi oleh Donnie Yen serta 3 Idiots (2009) oleh Aamir Khan.











Monday, March 14, 2022

Hikaru No Go


dalam ingatan saya, kali pertama saya membaca Hikaru no Go ialah ketika bab 149.

https://mangayeh.com/manga/hikaru-no-go

https://en.wikipedia.org/wiki/Hikaru_no_Go

dua majalah mingguan yang boleh dikatakan paling popular ialah Sunday Comic dan Jump Comic. Ketebalan setiap satu naskhah adalah kira-kira 48 mm. Sunday diterbitkan pada setiap hari Ahad dan Jump pada setiap hari Isnin. Jika anda pelanggan tegar kedua-dua majalah ini, dalam masa sebulan, akan ada 8 naskhah di rak buku anda, dan ini akan memakan ruang yang besar sebanyak kira-kira setengah meter.

Oleh itu biasanya, majalah-majalah ini akan dibuang begitu sahaja selepas dibaca. Mereka yang rajin akan menyimpan beberapa minggu dan mengikat lalu membuangnya bersama surat khabar lama kira-kira setiap bulan atau setiap beberapa bulan.

Pada suatu hari, saya mengambil satu naskhah Weekly Jump dari tempat pembuangan sampah, dan terbaca bab 149 Hikaru no Go.

bermula daripada itu, saya telah membeli jilid-jilid lama sehinggalah jilid terakhir pada jilid 23 iaitu bab ke 191.

Hikaru no Go telah disiarkan dalam Weekly Jump bermula 1999 sehingga 2003, sebanyak 23 jilid telah dibukukan.

Berikut adalah kaedah pembukuan siri-siri popular. 

Pada mulanya, sesuatu komik akan disiarkan dalam majalah mingguan. setelah berlalu beberapa bab, sekitar 8-12 bab (iaitu kira-kira 3 bulan), ia akan dijilidkan. Edisi jilid mungkin akan ada sedikit pembetulan dibuat. misalnya ada complaint dari pembaca pada edisi mingguan. Setelah edisi jilid dikeluarkan, setelah beberapa lama, baharulah dibuat edisi anime. edisi anime pun mungkin akan sedikit berbeza daripada edisi jilid.

Boleh juga berlaku proses yang terbalik, iaitu suatu anime popular dikomikkan kemudian.

pada 2020, China telah  menghasilkan drama Hikaru no Go.

https://www.iq.com/album/hikaru-no-go-2020-1d4mf8z153x?lang=en_us



Monday, March 7, 2022

kasut kulit Giorgio Ferri

 pada suatu malam,  beberapa tahun yang lalu, sebelum PKP lagi, tahun bila aku pun tak ingat, aku terdesak kerana aku tiada kasut kulit untuk menyambut beberapa orang yang dianggap penting dari Lapangan Terbang. kasut lama telah rosak, dan aku belum berkesempatan membeli kasut baru, yang ada hanyalah beberapa kasut sneakers.

jadi, aku singgah di ATM di mana di hadapan bangunan bank, terdapat orang-orang yang berniaga bundle kasut dan seluar. Kasut yang ada yang agak-agak ada design, dan sesuai saiznya hanyalah satu kasut kulit Giorgio Ferri (Italy) berwarna coklat. kasut ini sedikit besar, tetapi boleh diselamatkan dengan stoking tebal untuk mengisi ruanag kelegaannya.

setelah beberapa lama digunakan, tapak kasut telah patah, aku telah menukar tapak baru dengan harga 40 ringgit. 

setelah lama digunakan, bahagian tumit pula berlubang, jadi aku telah menghantar kepada tukang kasut untuk menggantikan bahagian tumit dengan kulit baru (luar dan dalam) serta menggantikan tapak baru. Sebenarnya aku rasa tapak tidak perlu ditukar, tetapi tukang menggesa, jadi kita beri kepercayaan kepada jauhari, maka kosnya menjadi Tukar Tapak (50 ringgit ), Repair Tumit (sebelah 25 ringgit), menjadikan kos keseluruhan sebanyak 100 ringgit.

jadi, sebenarnya tidak murah juga untuk memperbaiki kasut.

terkadang, anda boleh membeli kasut kulit bundle yang lebih murah daripada 100 ringgit, kerana saya melihat hari ini , kasut kulit terpakai Skechers pada harga 70 ringgit.



Friday, March 4, 2022

Meatech College

 Anak nak buat graphic, tidak minat science stream, dok cari laluan yang mungkin.

Meatech College mungkin boleh?

Saturday, February 26, 2022

cendol di PLUS

 di sepanjang lebuh raya ada RNR dan kiosk, dan ada kiosk menjual cendol. cendol ini pula ada yang sedap, dan ada yang kurang sedap.

bagi saya, antara cendol/ABC yang sedap ialah di RNR Tapah, dari Utara menghala ke KL.

yang tak sedap ialah di (RNR dirahsiakan).

bagi saya, antara faktor yang menyumbang kepada kesedapan cendol tersebut ada 3 yang utama:

(1) cendol yang lembut, dan nisbah kapur yang boleh diterima. ada kedai menggunakan cendol yang keras, yang membuatkan anda ragu sama ada dihidangkan cendol atau maggie goreng. biasanya yang buat cendol ni dia sendiri tak makan, jadi dia tidak tahu ketidaksedapan cendol tersebut.

(2) ais sagat yang halus, kalau kasar tidak best, kalau guna ais kiub lagi sakit hati.

(3) kuantiti gula merah atau susu yang berpatutan. apabila ais melebur, rasa akan menjadi tawar jika tidak cukup susu pekat atau gula merah. ada sesetengah kedai saya dapati hanya menggunakan sirap, kecewa sungguh, mungkin itu adalah resepi kedai mereka. saya ada jumpa beberapa kedai sebegini.

sekarang ini penjual cendol/ABC sudah ramai yang kreatif dan mengolah pelbagai perisa dan perkakas cendol. mugnkin sukar untuk menemui rasa cendol asli seperti 30 tahun dahulu.

beberapa tahun dahulu, saya biasa makan ABC  di gerai berhampiran Miga Bakery , Kilang Lama. Rasanya sama macam ABC 40 tahun yang lalu. sekarang sudah tidak dibuka gerai itu, mungkin makcik sudah uzur atau sudah meninggal.



saiz kasut

 baru-baru ini saya beli kasut Skechers di mudah UK7/EUR40, sempit. beli UK8/EUR42 terbesar  pulak.nampaknya kena beli EUR41.

Skechers ni pakai sedap, kalau duit tak jenuh, boleh beli bundle. murah saja kasut bundle, 50-100 ringgit boleh dapat.

beli online beginilah risikonya. saiz kadang kena, kadang tak kena. 

orang kata kalau beli kasut China di lazada kena beli 1cm dari panjang tapak kaki.

akhirnya beli Nike Air Max 90 ( RM38 termasuk postage). lain kalilah angkat Skechers.