Monday, March 27, 2017

Pesuruhjaya Sumpah

Mohsin Abdul Malik
No.1, Tingkat Satu, Komplek   PKNK, 
Jalan Asaad, 09000 Kulim, Kedah.
019-480  1863

kadang-kadang kita terpaksa berpusing-pusing berkali-kali kerana Pesuruhjaya Sumpah yang kita sangkakan masih ada sudah berpindah, atau kita  sampai ketika waktu mereka rehat dan sebagainya.

ada baiknya untuk mengetahui beberapa pejabat mereka  di sekitar anda.                                                     

Sunday, March 26, 2017

Jangan Pandang Belakang

saya hampir-hampir (mungkin) mengalami kemalangan apabila cuba memotong di sebelah kanan, padahal ada sebuah kereta sedang bergerak di lorong tersebut.

ini berlaku kerana saya tidak dapat melihat kereta tersebut di cermin sisi kereta saya.

apabila saya membuat penyiasatan lebih lanjut, saya mendapati cermin tersebut tidak berada pada sudut yang biasa saya tetapkan.

sebelum ini, saya ada meminjamkan kereta saya kepada abang saya dan kawan saya. Kemungkinan besar salah seorang atau kedua-dua mereka telah menukar sudut cermin sisi tersebut.

sudut sekarang adalah seperti di bawah:



sudut yang biasa saya tetapkan ialah seperti di bawah:



jika tuan-puan perhatikan, dalam cermin pertama, 1/3 imej adalah bahagian belakang kereta. saya sebenarnya tidak perlu melihat belakang kereta saya.

dalam cermin kedua, hanya sebahagian kecil sahaja bahagian belakang kereta dapat dilihat. inilah sudut yang baik bagi saya, dan saya rasa untuk tuan-puan juga.

Jangan Pandang Belakang bonet kereta.
apa yang perlu kita lihat ialah aliran trafik di sekeliling dan belakang kita, bukanlah bonet kereta kita.

oleh itu maksimumkanlah pandangan dan kurangkanlah blind spot.




Wednesday, March 22, 2017

Rumus di Hatinya

ada urusan di USM Pulau Pinang semalam, melintasi satu papan notis di satu bangunan, terlihat notis di bawah. Ada tayangan gambar percuma (mungkin).



saya belum pernah menonton filem ini tetapi pernah membaca terjemahan novel tersebut. Novel asal dalam Bahasa Jepun berjudul "Hakase no Aishita Suushiki", ditulis oleh Yoko Ogawa.

Terjemahan dalam Bahasa Melayu pula diberi judul " Rumus di Hatinya", diterjemahkan oleh Normalis Amzah, sementara dalam Bahasa Inggeris diberi judul "The Housekeeper and the Professor", yang diterjemahkan oleh Stephen Snyder. 


Anda boleh hubungi Maisya Utama Enterprise 019-519-2592 untuk mendapatkan buku ini.

Filem di atas diberi judul yang sama dengan novel asal iaitu "Hakase no Aishita Suushiki". Ia boleh ditonton di dailymotion: 

http://www.dailymotion.com/video/x2dnya1_the-professor-and-his-beloved-equation-2006-eng-sub_shortfilms


Ringkasnya, ingatan Profesor hanya mampu bertahan selama 80 minit, kesan akibat kemalangan kereta yang berlaku pada 1975. Masalah atau penyakit ini digelar anterograde amnesia.

anda boleh membaca banyak ulasan mengenai buku ini di internet.







Wednesday, February 15, 2017

Perkara Baru

When is the last time you did something for the first time?

Mungkin kalian pernah mendengar ayat di atas?

Bila kali terakhir anda melakukan sesuatu buat kali yang pertama
Atau dengan kata lain, bila kali terakhir anda melakukan sesuatu yang baharu dalam hidup anda.

Maka apakah jawapan kalian?
Kata orang, untuk menjadikan kehidupan kita lebih menarik, kita perlulah menjawab "satu minggu yang lalu".

Sekiranya jawapan kita ialah setahun yang lalu, maka kita mungkin melakukan perkara yang sama sahaja untuk sepanjang tahun itu, tidak ada pengalaman baharu dalam hidup kita.

Anda pernah masak spaghetti?
Jika tidak pernah, bagaimana jika anda cuba memasaknya pada hujunng minggu ini?

Cerita di berikut ini tidak semestinya benar.
Seorang rakan ingin meminjam kereta saya kerana ingin ke Kuala Lumpur. ( kereta saya boleh dikatakan sentiasa diselenggara mengikut jadual ).Saya kata OK, malam boleh datang ambil. Maka beliaupun datang selepas Isyak, membawa pergi kereta saya dan meninggalkan sebuah Proton Wira sedan, dan duit minyak sebanyak RM70 kerana keretanya hampir kehabisan minyak.

Apabila saya masuk ke dalam kereta untuk ke stesen minyak ( supaya tidak kekalutan esok pagi), saya mendapati kereta ini bertranmisi automatik.

"holy molly.."

Saya tidak pernah membawa kereta auto.

Saya perlu berlatih malam ini juga! kerana esok perlu menghantar anak ke sekolah.

Saya ada mencuba kereta auto di tempat parking beberapa tahun yang lalu. Dasn saya rasa, pada tahun lepas, saya ada mencuba kereta auto di tempat parking. Sepatutnya tidaklah susah untuk mengendalikannya.



Alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik dari stesen minyak.

Seterusnya, saya perlu google untuk maklumat lanjut tatacara memandu kereta transmisi automatik.

So, when is the last time you did something for the first time?




Monday, July 25, 2016

Hani Mohsin

10 tahun lalu.

Seorang rakan dalam perjalanan ke Kuching, Sarawak.
Sedang beratur di kaunter tiket.
Apabila tiba gilirannya, pegawai kaunter bertanya;

Kaunter : " Encik kenal tak Hani Mohsin?"
Rakan : "Ish, mintak maaf la noo, saya tak berapa kenal laa.."
Kaunter: " Encik pernah tengok rancangan Roda Impian?"
Rakan: "Emmm, rasanya macam pernah."
Kaunter : "Haa...yang berdiri di hadapan Encik tadilah Hani Mohsin, pengacara Roda Impian".
Rakan: "oohh.."

..ucap rakan saya seraya berpaling melihat susuk tubuh Hani Mohsin yang meluru kepada anaknya yang sedang menanti.

peristiwa yang berlaku selepas itu diliput dengan lebih luas dalam pautan di bawah:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

http://teratakburukzam.blogspot.my/2006/07/berita-bergambar-sekitar-majlis.html

Saturday, July 2, 2016

Khatam al-Quran

Selepas Isyak, saya sakit perut lalu kembali ke rumah. Selesai kira-kira jam 9.40 malam. Oleh kerana surau berhampiran rumah saya hanya melakukan 8 rakaat tarawih, dan mereka saya rasa sudah berada hampir rakaat ke-8, saya bergerak ke surau yang jauh sikit kerana di situ mereka melaksanakan tarawih 20 rakaat yang dipimpin oleh Imam Hafiz. Saya mungkin boleh mendapat beberapa rakaat bersama Imam.

Saya menyertai ke rakaat ke berapa saya tidak pasti, tetapi Imam membaca surah tertentu dan kemudian kedengaran surah al-Buruj. Ini bermakna saya sudah hampir ke rakaat-rakaat terakhir. Imam menamatkan rakaat pertama dengan surah at-Tariq.

Kombinasi surah-surah dan bilangan rakaat seterusnya saya tidak dapat ingat lagi, namun

rakaat ke 19 : al-Fiil sehingga an-Naas.
rakaat ke 20  : permulaan al-Baqarah sehingga ...muflihun.

mungkin, saya tidak pernah melihat perkara ini dilakukan, yakni permulaan al-Baqarah dibaca pada rakaat kedua.
(mungkin juga saya pernah tetapi telah melupakannya).

Pada dasarnya, di dalam solat, kita disuruh membaca surah mengikut turutan surah, dan bilangan ayat pada rakaat kedua hendaklah hampir sama atau kurang daripada rakaat pertama.

Misalnya a-A'la pada rakaat pertama dan  al-Kafiruun pada rakaat kedua.






Friday, June 24, 2016

Quire

di dalam filem Biggles Adventures in Time (1986), perkataan ini ada digunakan;

1

quire

play
noun \ˈkwī(-ə)r\

NOUN

1Four sheets of paper or parchment folded to form eight leaves, as in medieval manuscripts.
1.1Any collection of leaves one within another in a manuscript or book:the scribe numbered the quires of his manuscript as well as the leaves
1.225 (formerly 24) sheets of paper; one twentieth of a ream:(a quire of/quires ofthe package contained two quires of tracing paper

penerangan di atas ini adalah maksud yang masyhur, tetapi di dalam filem tersebut, ia digunakan untuk membawa maksud "koir".

2

quire

Definition of quire

  1. archaic variant of choir