Monday, March 7, 2022

kasut kulit Giorgio Ferri

 pada suatu malam,  beberapa tahun yang lalu, sebelum PKP lagi, tahun bila aku pun tak ingat, aku terdesak kerana aku tiada kasut kulit untuk menyambut beberapa orang yang dianggap penting dari Lapangan Terbang. kasut lama telah rosak, dan aku belum berkesempatan membeli kasut baru, yang ada hanyalah beberapa kasut sneakers.

jadi, aku singgah di ATM di mana di hadapan bangunan bank, terdapat orang-orang yang berniaga bundle kasut dan seluar. Kasut yang ada yang agak-agak ada design, dan sesuai saiznya hanyalah satu kasut kulit Giorgio Ferri (Italy) berwarna coklat. kasut ini sedikit besar, tetapi boleh diselamatkan dengan stoking tebal untuk mengisi ruanag kelegaannya.

setelah beberapa lama digunakan, tapak kasut telah patah, aku telah menukar tapak baru dengan harga 40 ringgit. 

setelah lama digunakan, bahagian tumit pula berlubang, jadi aku telah menghantar kepada tukang kasut untuk menggantikan bahagian tumit dengan kulit baru (luar dan dalam) serta menggantikan tapak baru. Sebenarnya aku rasa tapak tidak perlu ditukar, tetapi tukang menggesa, jadi kita beri kepercayaan kepada jauhari, maka kosnya menjadi Tukar Tapak (50 ringgit ), Repair Tumit (sebelah 25 ringgit), menjadikan kos keseluruhan sebanyak 100 ringgit.

jadi, sebenarnya tidak murah juga untuk memperbaiki kasut.

terkadang, anda boleh membeli kasut kulit bundle yang lebih murah daripada 100 ringgit, kerana saya melihat hari ini , kasut kulit terpakai Skechers pada harga 70 ringgit.



No comments:

Post a Comment