dalam ingatan saya, kali pertama saya membaca Hikaru no Go ialah ketika bab 149.
https://mangayeh.com/manga/hikaru-no-go
https://en.wikipedia.org/wiki/Hikaru_no_Go
dua majalah mingguan yang boleh dikatakan paling popular ialah Sunday Comic dan Jump Comic. Ketebalan setiap satu naskhah adalah kira-kira 48 mm. Sunday diterbitkan pada setiap hari Ahad dan Jump pada setiap hari Isnin. Jika anda pelanggan tegar kedua-dua majalah ini, dalam masa sebulan, akan ada 8 naskhah di rak buku anda, dan ini akan memakan ruang yang besar sebanyak kira-kira setengah meter.
Oleh itu biasanya, majalah-majalah ini akan dibuang begitu sahaja selepas dibaca. Mereka yang rajin akan menyimpan beberapa minggu dan mengikat lalu membuangnya bersama surat khabar lama kira-kira setiap bulan atau setiap beberapa bulan.
Pada suatu hari, saya mengambil satu naskhah Weekly Jump dari tempat pembuangan sampah, dan terbaca bab 149 Hikaru no Go.
bermula daripada itu, saya telah membeli jilid-jilid lama sehinggalah jilid terakhir pada jilid 23 iaitu bab ke 191.
Hikaru no Go telah disiarkan dalam Weekly Jump bermula 1999 sehingga 2003, sebanyak 23 jilid telah dibukukan.
Berikut adalah kaedah pembukuan siri-siri popular.
Pada mulanya, sesuatu komik akan disiarkan dalam majalah mingguan. setelah berlalu beberapa bab, sekitar 8-12 bab (iaitu kira-kira 3 bulan), ia akan dijilidkan. Edisi jilid mungkin akan ada sedikit pembetulan dibuat. misalnya ada complaint dari pembaca pada edisi mingguan. Setelah edisi jilid dikeluarkan, setelah beberapa lama, baharulah dibuat edisi anime. edisi anime pun mungkin akan sedikit berbeza daripada edisi jilid.
Boleh juga berlaku proses yang terbalik, iaitu suatu anime popular dikomikkan kemudian.
pada 2020, China telah menghasilkan drama Hikaru no Go.
https://www.iq.com/album/hikaru-no-go-2020-1d4mf8z153x?lang=en_us
No comments:
Post a Comment