Selamat Pagi Malaysia !
Hari ini keputusan SPM akan diumumkan pada jam 10.00 pagi.
Sebenarnya (seingat aku) aku tidak pernah mengambil keputusan peperiksaan pada hari ia diumumkan. jadi, aku tidaklah tahu bagaimana suasana di sekolah pada hari yang bersejarah itu.
selepas SRP, aku ke Kuala Lumpur membuat kerja-kerja pembinaan. kemungkinannya ialah, keputusan dikeluarkan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), jadi aku tidak hadir ke sekolah pada hari keputusan diumumkan. Mungkin pada hari sabtu aku bertolak pulang ke kampung, dan ke sekolah pada hari Isnin berikutnya.
sekolah aku terletak kira-kira 60 km dari rumah, jadi aku duduk asrama.
aku tidak ingat sama ada pada masa itu ada bas lalu di depan rumah atau tidak, tetapi sekarang ini tidak ada.
untuk menaiki bas, aku perlu ke kepala simpang jalan utama yang terletak kira-kira 10 minit berbasikal dari rumah. dari situ aku perlu tunggu bas untuk ke pekan. Jarak ke pekan tidaklah jauh, kira-kira 45 minit berbasikal.
dari pekan aku perlu tunggu bas pula ke bandar tempat aku bersekolah. basnya biasanya datang sejam sekali. perjalanan mengambil masa kira-kira sejam.
apabila turun bas di stesen bas di bandar, aku perlu pula berjalan kaki selama kira-kira 30 minit untuk sampai ke sekolah. kalau naik teksi mungkin 10 minit saja.
aku sudah tidak ingat sama ada aku sampai ke sekolah pada tengah hari atau pun petang, tapi aku rasa macam petang.
dalam bas ada jumpa abang senior, tanya result macam mana. aku cakap aku baru nak pergi ambil.
bila aku ke pejabat sekolah, aku dapati aku seorang saja yang ada, pelajar lain mungkin sudah selesai ambil keputusan pada hari-hari sebelumnya, atau boleh jadi juga semua orang sudah ambil pada hari pertama keputusan diumumkan?
jadi tidaklah ada apa-apa yang menrik atau happening pada hari mengambil keputusan SRP.
selepas SPM, aku bekerja di Pulau Pinang. Ofis aku berhampiran Line Clear. biasanya aku sarapan di gerai di bawah Broadway Budget Hotel (dulu nama lain) di kepala simpang Lebuh Pasar. Makan tengah hari biasanya Nasi Kandar Beratur sebelah Masjid Kapitan Keling. (siang tokey lain, malam baru buka beroperasi Nasi Kandar Beratur). makan malam biasanya di Line Clear ataupun Yasmin.
masa keputusan SPM keluarpun, aku tidak pergi pada hari diumumkan. aku pergi pada hari lain, tidak ingat hari apa. kemungkinannya ialah hari sabtu.
No comments:
Post a Comment