boleh jadi, ini kali pertama aku masak di rumah pada tahun ini-selain mi segera.
aku tuliskan semula apa yang aku campak-campakkan tadi.
Bihun Bodoh MCO
2 biji telur ayam- basuh dulu
satu pek bihun siam Faiza 400g - rendamkan, agak agak 30 minit OK kot.
aku rendam lepas subuh, lepas tu baca quran sikit. pukul 8.00 pagi mulakan aktiviti memasak.
bawang merah sederhana besar 2 biji - ada bawang besar lagi OK. cuma sekarang bawang besar dah habis, oleh kerana ini bihun bodoh, bawang banyak OK, sebab dia akan jadi hiasan nanti, taklah sepi sangat bihun tu. bawang merah potong halus.
bawang putih satu labu - bawang putih ni makan banyak bagus. bawang putih potong halus.
minyak masak 1-2 senduk - aku letak je agak-agak boleh tenggelam bawang tadi. masukkan minyak dalam kuali dan panaskan kuali, buka api sederhana kuat je.
sementara tunggu minyak panas, kita basuh/toskan bihun yang direndam tadi. biasanya aku basuh 3 kali.
bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih tadi. kacau-kacau 2-3 mint, sampai naik bau.
lepas tu masukkan sos tomato dalam setengah senduk (aku agak je ni, sebenarnya pukul bontot botol tu 3-4 kali). aku tak suka pedas, jadi aku guna sos tomato je. kalau nak pedas, masukkan juga soso cili.
kemudian masukkan kicap setengah senduk (aku agak je ni, sebenarnya main pukul bontot botol kicap 3-4 kali). kalau ada sos tiram lagi menarik.
gaulkan semua serata-rata.
kemudian, masukkan bihun semua. gaul bihun serata rata supaya semua bihun diwarnai oleh kicap. kalau nampak ada sebahagian bihun masih berwarna putih, maksudnya belum cukup merata. gaul 3-4 minit sehingga merata.
masukkan 2-3 sudu kecil garam ke dalam segelas air, kacau sehingga garam larut, tuangkan ke dalam kuali (aku dah jerang air untuk buat teh, jadi ada air panas, garam cepat larut dalam air panas, boleh je kalau korang siapkan awal- larutan garam ni ialah supaya masin mudah merata, kalau tabur serbuk garam ditakuti masinnya tidak merata).
masukkan 1-2 sudu besar gula kedalam segelas air, kacau sehingga larut, tuangkan ke dalam kuali (aku dah jerang air untuk buat teh, jadi ada air panas, gula cepat larut dalam air panas, boleh je kalau korang siapkan awal- larutan gula ni ialah supaya manis mudah merata, kalau tabur serbuk gula ditakuti manisnya tidak merata).
gula ni ialah untuk mewujudkan satu perasaan yang aneh pada bihun tu.
kacau bihun serata-rata selama 3-4 minit. sentiasa kacau supaya bihun tidak berkerak/ tiada yang overcooked.
pecahkan telur ayam 2 biji ke dalam kuali, lalu gaul bihun serata-rata , kacau 3-4 minit sehingga telur masak.( kalau nak cantik lagi, lepas habis masak bihun, baru masak telur, telur ni buat scramble egg dan gaul dalam bihun, baru bihun tu jadi berseri).
rasa-rasanya masak dah ni, bolehlah dihidangkan.
sebelum tu rasa dulu, kalau tak cukup masin, tambahkan garam secukup rasa.
untuk lebihkan kick, dapatkan serbuk perencah nasi goreng cina adabi, taburkan dan gaulkan selepas bihun selesai dimasak.
Teh O Nipis :
satu jag air didih 90% penuh
satu teh uncang Boh
2 sudu gula putih
kalau nak masak bihun dengan lebih sedap lagi dengan pelbagai perkakas, boleh rujuk :
https://www.rasa.my/petua-mudah-buat-bihun-goreng-sedap-dan-lembut-untuk-beginner-baru-belajar-masak/
No comments:
Post a Comment