Monday, March 30, 2020

lock down

https://www.nytimes.com/2020/03/29/world/asia/coronavirus-india-migrants.html

Perintah Kawalan Pergerakan telah bermula di Malaysia pada 18 Mac, ada kemungkinan akan berakhir pada 14 April. Namun begitu, moratorium diberi selama enam bulan. Mungkinkah itu untuk persediaan kepada "worst case scenario" keadaan terburuk? Allah sahajalah yang lebih tahu.

Perintah Kawalan Pergerakan memberikan impak berbeza kepada pelbagai jenis lapisan manusia. Ini kerana manusia mencari rezeki dengan cara berbeza. Ada yang bekerja kerajaan, ada yang bekerja swasta dalam sektor perkilangan, ada yang berniaga sendiri, dan ada yang bekerja sendiri.

Lockdown di New Delhi menyebabkan ramai buruh kasar terpaksa berjalan kaki balik kampung sehingga ada yang mencecah 700km untuk sampai ke kampung.

coronavirus mungkin menakutkan, tetapi ada orang yang lebih takutkan kebuluran.

kata seseorang "kamu mungkin boleh menghindari covid-19, tetapi bolehkah kamu menghindari maut"?
maksudnya di sini ialah perlulah sentiasa buat persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal selepas maut, sama ada dengabn kehadiran atau tanpa kehadiran covid-19.

mati kerana covid-19 bukanlah suatu yang dahsyat, mati dibaham harimau juga belum cukup dahsyat, yang terlebih dahsyat ialah mati tanpa membuat persiapan iman dan amal yang secukupnya.

Setiap orang akan merasai penderitaan, setiap orang diuji dengan cara yang berbeza.

Dalam hal ehwal dunia, hendaklah melihat kepada orang yang lebih rendah daripada diri sendiri, supaya kita dapat bersyukur dalam setiap keadaan.

Apapun yang berlaku, pemberi rezekiku ialah Allah, pemilik kerajaan langit dan bumi.
Apa yang telah dituliskan untukku, pastilah aku akan mendapatnya.











Friday, March 27, 2020

Asnaf Care

bagi rakyat Kedah , anda boleh bayar zakat secara online di :

http://asnafcare.com.my/

https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/tab_bayaronline.php?op=1

ini bagi mereka yang dapat gaji atau pendapatan, bukan jenis kerajaan atau swasta yang boleh buat potongan gaji.

tak perlu ke pejabat zakat, boleh bayar di rumah, janji ada smartphone dan internet saja.


Bihun Bodoh

boleh jadi, ini kali pertama aku masak di rumah pada tahun ini-selain mi segera.

aku tuliskan semula apa yang aku campak-campakkan tadi. 


Bihun Bodoh MCO

2 biji telur ayam- basuh dulu 

satu pek bihun siam Faiza 400g - rendamkan, agak agak 30 minit OK kot.
aku rendam lepas subuh, lepas tu baca quran sikit. pukul 8.00 pagi mulakan aktiviti memasak.

bawang merah sederhana besar 2 biji - ada bawang besar lagi OK. cuma sekarang bawang besar dah habis, oleh kerana ini bihun bodoh, bawang banyak OK, sebab dia akan jadi hiasan nanti, taklah sepi sangat bihun tu. bawang merah potong halus.

bawang putih satu labu - bawang putih ni makan banyak bagus. bawang putih potong halus.

minyak masak 1-2 senduk - aku letak je agak-agak boleh tenggelam bawang tadi. masukkan minyak dalam kuali dan panaskan kuali, buka api sederhana kuat je.

sementara tunggu minyak panas, kita basuh/toskan bihun yang direndam tadi. biasanya aku basuh 3 kali.

bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih tadi. kacau-kacau 2-3 mint, sampai naik bau.

lepas tu masukkan sos tomato dalam setengah senduk (aku agak je ni, sebenarnya pukul bontot botol tu 3-4 kali). aku tak suka pedas, jadi aku guna sos tomato je. kalau nak pedas, masukkan juga soso cili.

kemudian masukkan kicap setengah senduk (aku agak je ni, sebenarnya main pukul bontot botol kicap 3-4 kali). kalau ada sos tiram lagi menarik.

gaulkan semua serata-rata.

kemudian, masukkan bihun semua. gaul bihun serata rata supaya semua bihun diwarnai oleh kicap. kalau nampak ada sebahagian bihun masih berwarna putih, maksudnya belum cukup merata. gaul 3-4 minit sehingga merata.

masukkan 2-3 sudu kecil garam ke dalam segelas air, kacau sehingga garam larut, tuangkan ke dalam kuali (aku dah jerang air untuk buat teh, jadi ada air panas, garam cepat larut dalam air panas, boleh je kalau korang siapkan awal- larutan garam ni ialah supaya masin mudah merata, kalau tabur serbuk garam ditakuti masinnya tidak merata).

masukkan 1-2 sudu besar gula kedalam segelas air, kacau sehingga larut, tuangkan ke dalam kuali (aku dah jerang air untuk buat teh, jadi ada air panas, gula cepat larut dalam air panas, boleh je kalau korang siapkan awal- larutan gula ni ialah supaya manis mudah merata, kalau tabur serbuk gula ditakuti manisnya tidak merata).

gula ni ialah untuk mewujudkan satu perasaan yang aneh pada bihun tu. 

kacau bihun serata-rata selama 3-4 minit. sentiasa kacau supaya bihun tidak berkerak/ tiada yang overcooked.

pecahkan telur ayam 2 biji ke dalam kuali, lalu gaul bihun serata-rata , kacau 3-4 minit sehingga telur masak.( kalau nak cantik lagi, lepas habis masak bihun, baru masak telur, telur ni buat scramble egg dan gaul dalam bihun, baru bihun tu jadi berseri).

rasa-rasanya masak dah ni, bolehlah dihidangkan.
sebelum tu rasa dulu, kalau tak cukup masin, tambahkan garam secukup rasa.

untuk lebihkan kick, dapatkan serbuk perencah nasi goreng cina adabi, taburkan dan gaulkan selepas bihun selesai dimasak.


Teh O Nipis :
satu jag air didih 90% penuh
satu teh uncang Boh
2 sudu gula putih

kalau nak masak bihun dengan lebih sedap lagi dengan pelbagai perkakas, boleh rujuk : 

https://www.rasa.my/petua-mudah-buat-bihun-goreng-sedap-dan-lembut-untuk-beginner-baru-belajar-masak/

Wednesday, March 25, 2020

A Beautiful Mind (2001)

https://en.wikipedia.org/wiki/John_Forbes_Nash_Jr.

John Nash, seorang yang menghadapi masalah mental, Paranoid schizophrenia, tetapi terus berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah matematik penting, sehingga akhirnya beliau berjaya memperolehi Anugerah Nobel serta beberapa anugerah lain.


Pelajaran yang boleh diambil dari kisah hidup beliau ialah target dan persistence.


Beliau menghadapi masalah, tetapi beliau tidak menyerah kalah dengan masalah itu, bahkan terus berusaha tanpa henti untuk mencapai tujuannya.


Setiap kita ada impian, setiap kita ada masalah, adakah kita terus berusaha untuk mencapai impian? atau menyerah kalah terhadap masalah.




Hujung penghidupan manusia ialah syurga atau neraka. maka sejauh manakah kita persisten dalam mencapai kedudukan yang diimpikan?



Monday, March 16, 2020

gembala kerbau yang kehujanan

dalam titis hujan ini
seekor gembala kerbau
terbang ke sana sini
kebasahan

di sini
pada hari ini
tiada lagi kerbau
untuk digembala

yang ada hanya bau
bau kimia dan sisa pepejal
kumbahan hasil buangan kilang
sumber rezeki pemuda pemudi
2020

hai gembala
bau kerbau yang dirindui
datukmu dulu
telah lama hilang!

gambar hiasan : https://vdocuments.mx/bab-4-saling-bersandaran-antara-organisma-hidup.html

Sunday, March 8, 2020

EYE - Izinkan Selamanya Namamu di Hati

https://www.youtube.com/watch?v=gWULPIsCn3M

EYE - Izinkan Selamanya Namamu di Hati

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang suci
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya di hadapan berliku
Keyakinan di dada mengiringi langkahku
Jalinan bahagia, iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta Yang Satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti 'kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian, ooohh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Kuturutkan cahaya di hadapan berliku
Keyakinan di dada mengiringi langkahku
Jalinan bahagia, iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta Yang Satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti 'kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian, ooohh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan, tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku , lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan pengajaran
menuju bahagia idaman

Thursday, March 5, 2020

SPM Selamat Pagi Malaysia

Selamat Pagi Malaysia !

Hari ini keputusan SPM akan diumumkan pada jam 10.00 pagi.

Sebenarnya (seingat aku) aku tidak pernah mengambil keputusan peperiksaan pada hari ia diumumkan. jadi, aku tidaklah tahu bagaimana suasana di sekolah pada hari yang bersejarah itu.

selepas SRP, aku ke Kuala Lumpur membuat kerja-kerja pembinaan. kemungkinannya ialah, keputusan dikeluarkan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), jadi aku tidak hadir ke sekolah pada hari keputusan diumumkan. Mungkin pada hari sabtu aku bertolak pulang ke kampung, dan ke sekolah pada hari Isnin berikutnya.

sekolah aku terletak kira-kira 60 km dari rumah, jadi aku duduk asrama.

aku tidak ingat sama ada pada masa itu ada bas lalu di depan rumah atau tidak, tetapi sekarang ini tidak ada.

untuk menaiki bas, aku perlu ke kepala simpang jalan utama yang terletak kira-kira 10 minit berbasikal dari rumah. dari situ aku perlu tunggu bas untuk ke pekan. Jarak ke pekan tidaklah jauh, kira-kira 45 minit berbasikal.

dari pekan aku perlu tunggu bas pula ke bandar tempat aku bersekolah. basnya biasanya datang sejam sekali. perjalanan mengambil masa kira-kira sejam.

apabila turun bas di stesen bas di bandar, aku perlu pula berjalan kaki selama kira-kira 30 minit untuk sampai ke sekolah. kalau naik teksi mungkin 10 minit saja.

aku sudah tidak ingat sama ada aku sampai ke sekolah pada tengah hari atau pun petang, tapi aku rasa macam petang.

dalam bas ada jumpa abang senior, tanya result macam mana. aku cakap aku baru nak pergi ambil.

bila aku ke pejabat sekolah, aku dapati aku seorang saja yang ada, pelajar lain mungkin sudah selesai ambil keputusan pada hari-hari sebelumnya, atau boleh jadi juga semua orang sudah ambil pada hari pertama keputusan diumumkan?

jadi tidaklah ada apa-apa yang menrik atau happening pada hari mengambil keputusan SRP.

selepas SPM, aku bekerja di Pulau Pinang. Ofis aku berhampiran Line Clear. biasanya aku sarapan di gerai di bawah Broadway Budget Hotel (dulu nama lain) di kepala simpang Lebuh Pasar. Makan tengah hari biasanya Nasi Kandar Beratur sebelah Masjid Kapitan Keling. (siang tokey lain, malam baru buka beroperasi Nasi Kandar Beratur). makan malam biasanya di Line Clear ataupun Yasmin.

masa keputusan SPM keluarpun, aku tidak pergi pada hari diumumkan. aku pergi pada hari lain, tidak ingat hari apa. kemungkinannya ialah hari sabtu.