artikel ini diterjemah dari : https://mothership.sg/2017/12/singapores-underground-mosque/
Berada di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Singapura (Central
Business District-CBD). Masjid Moulana Mohamad Ali adalah satu-satunya masjid bawah tanah di Singapura.
Ia terletak di pinggir
Sungai Singapura, di aras bawah tanah bangunan yang kedua tertinggi di
Singapura, iaitu bangunan UOB Plaza One.
Foto ihsan Google Maps
Tersembunyi di celah-celah bangunan yang
menjulang tinggi dalam Daerah Pusat Perniagaan, kita memang mudah terlepas
pandang pintu masuk ke masjid tersebut yang berada pada paras jalan, terletak
di antara bangunan UOB Plaza One dan restoran McDonald di Boat Quay.
Foto daripada UOB Plaza.
Semenjak 1994, Masjid
Moulana telah menjadi tumpuan Muslim yang bekerja di
pejabat-pejabat di kawasan Shenton, terutamanya untuk solat Jumaat.
Walaubagaimanapun, masjid tersebut pada asalnya terletak di tempat lain, dan sejarah masjid tersebut bermula lebih awal lagi daripada kemerdekaan
Singapura.
Berikut adalah kisah
bagaimana masjid tersebut boleh berpindah ke lokasi barunya di bawah bangunan
UOB Plaza One.
Sejarah Masjid
Masjid Moulana pada asalnya berada pada paras
tanah berhampiran No.16 dan No.18 Market Street, menempati ruang di antara dua buah kedai dua
tingkat.
Kedai-kedai tersebut
telah dibeli oleh tiga orang lelaki Muslim pada 1953 dan 1955, kerana mereka
melihat adanya keperluan tempat solat di Daerah Pusat Perniagaan Singapura.
Screenshot
from One Historical Map, map from 1966.
Beginilah pemandangan
Market Street pada 1950-an.
Market Street pada 1953.Foto daripada NAS.
Berpindah ke Lokasi Baru
Pada hujung 1970-an
dan 1980-an, Daerah Pusat Perniagaan berkembang dengan pesatnya. Dengan itu, banyak
bangunan lama telah dibeli dan berpindahmilik untuk memberi laluan kepada
pembangunan.
Ketika itu, UOB
bercadang untuk memajukan kawasan sekitar Market Street. Mereka telah membeli
kebanyakan bangunan di sekitar masjid, tetapi tidak dapat meneruskan projek
tersebut kerana masjid tersebut berada di tengah pelan pembangunan.
Pada 1982, selepas perbincangan
yang panjang lebar, rumah kedai di Market Street telah dilepaskan dengan syarat
lokasi baru masjid tersebut berpindah ke lokasi sekarang, iaitu di bawah UOB
Plaza.
Masjid bawah tanah itu
mula dibuka kepada orang awam pada 1995. Pada masa itu, masjid tersebut hanya mampu
memuatkan 350 ahli jemaah pada satu-satu masa.
Beginilah rupa masjid pada ketika itu.
Pada Oktober 2013,
masjid tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian sebelum ia
dibuka semula pada 2015 dengan ruang solat yang lebih luas dan dilengkapi
dengan penyaman udara.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura, masjid
tersebut kini mampu menempatkan kira-kira 800 ahli jemaah. Masjid ini menganjurkan
solat 5 waktu setiap hari, termasuk solat Jumaat serta ceramah-ceramah
jemputan.
Beginilah rupa Masjid
Moulana Mohamad Ali pada hari ini.