Tuesday, December 25, 2018

Jumanji

Mengemas buku-buku lama, terjumpa buku-buku ini :

Novel Kanak-kanak Edusystem
Wira Berhantu - Razali Mohd Hassan
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 1993 Orient Press Sdn. Bhd.

Novel Kanak-kanak Edusystem
Wira 2  - Razali Mohd Hassan
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 1993 BHS Book Printing Sdn. Bhd.

Novel Kanak-kanak Edusystem
Wira 3  - Razali Mohd Hassan
Penerbit : Edusystem Sdn Bhd
Cetakan pertama 1994 Orient Press Sdn. Bhd.





Plot cerita adalah sama dengan Jumanji -Welcome to the Jungle (2017) di mana manusia diserap masuk ke dalam permainan komputer dan hanya dapat keluar apabila berjaya mencapai misi/ menewaskan musuh.

Cerpen Jumanji ditulis pada 1981 oleh Chris Van Allsburg dan diangkat ke layar perak pada 1995 yang dibintangi oleh pelakon seperti Robin Williams dan Kirsten Dunst. 

Chris Van Allsburg juga menulis Zathura. Karya ini juga diangkat ke layar perak dengan judul Zathura : A Space Adventure (2005) tetapi kurang mendapat sambutan seperti Jumanji. Mungkin kerana Little Chicken dan Harry Potter and the Goblet of Fire yang disiarkan pada masa yang hampir sama.





3 comments:

  1. Hai, ada rasa nak jual tak novel ni? looking for my childhood memory. Susah nak dapat novel ni.

    ReplyDelete
  2. Pada saya, zaman tu ia hampir ke Tron.

    ReplyDelete