Hari ini hari Ahad, 2 Disember 2018.
Pada masa aku masih kecil, aku ada membaca sebuah novel berjudul Ahad, iaitu singkatan kepada Amin , Hasan dan Dahalan.
Novel ini yang ditulis oleh Zakaria Salleh, telah memenangi Hadiah Kedua Peraduan Mengarang Cerita-cerita Panjang anjuran Pejabat Karang-mengarang, Jabatan Persekutuan Tanah Melayu, 1956.
Ia kemudiannya diterbitkan pada 1959, dan sekali lagi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2004.
Naskah asal boleh dilihat di : http://galleriapingganlama.blogspot.com/2013/10/ahad-oleh-zakaria-bin-salleh.html
No comments:
Post a Comment