When is the last time you did something for the first time?
Mungkin kalian pernah mendengar ayat di atas?
Bila kali terakhir anda melakukan sesuatu buat kali yang pertama
Atau dengan kata lain, bila kali terakhir anda melakukan sesuatu yang baharu dalam hidup anda.
Maka apakah jawapan kalian?
Kata orang, untuk menjadikan kehidupan kita lebih menarik, kita perlulah menjawab "satu minggu yang lalu".
Sekiranya jawapan kita ialah setahun yang lalu, maka kita mungkin melakukan perkara yang sama sahaja untuk sepanjang tahun itu, tidak ada pengalaman baharu dalam hidup kita.
Anda pernah masak spaghetti?
Jika tidak pernah, bagaimana jika anda cuba memasaknya pada hujunng minggu ini?
Cerita di berikut ini tidak semestinya benar.
Seorang rakan ingin meminjam kereta saya kerana ingin ke Kuala Lumpur. ( kereta saya boleh dikatakan sentiasa diselenggara mengikut jadual ).Saya kata OK, malam boleh datang ambil. Maka beliaupun datang selepas Isyak, membawa pergi kereta saya dan meninggalkan sebuah Proton Wira sedan, dan duit minyak sebanyak RM70 kerana keretanya hampir kehabisan minyak.
Apabila saya masuk ke dalam kereta untuk ke stesen minyak ( supaya tidak kekalutan esok pagi), saya mendapati kereta ini bertranmisi automatik.
"holy molly.."
Saya tidak pernah membawa kereta auto.
Saya perlu berlatih malam ini juga! kerana esok perlu menghantar anak ke sekolah.
Saya ada mencuba kereta auto di tempat parking beberapa tahun yang lalu. Dasn saya rasa, pada tahun lepas, saya ada mencuba kereta auto di tempat parking. Sepatutnya tidaklah susah untuk mengendalikannya.
Alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik dari stesen minyak.
Seterusnya, saya perlu google untuk maklumat lanjut tatacara memandu kereta transmisi automatik.
So, when is the last time you did something for the first time?
No comments:
Post a Comment