Friday, May 20, 2016

Zoy

membaca Berita Harian hari ini, baharulah aku mengetahui bahawa kartunis Zoy telah meninggalkan dunia yang sementara ini, berpindah ke alam kehidupan yang kekal abadi.

http://komik-zoy.blogspot.my/

kartunis Zoy telah meninggal dunia pada 5 Mei 2016 di HTAR, Klang.


menurut wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/ZOY

Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke akhir hayatnya. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyingkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI, (awal penerbitan) beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.
Karya terakhir beliau adalah Permata dan Keris Gajah Sewu yang tidak sempat dihabiskan setelah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat Sepsis Secondary to Respiration Pneumonia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sememangnya beliau telah lama berkarya. Karyanya dapat dilihat di dalam beberapa penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya.

Anak-anak muda masa kini mungkin lebih mengenali beliau dengan karyanya Si Takluk Jagat.

Aku baharu belajar membaca pada 1984. 
Karya beliau yang (mungkin) pertama kali aku baca ialah Ayoko. Aku rasa Ayoko disiarkan dalam Utusan Malaysia pada tahun sekitar itu juga, mungkin 1984-1985.

Kemudiannya disusuli oleh Bengkung Pelangi dan Ayoko 2.

Judul karya-karya beliau yang lain aku tidak dapat ingat selain Si Takluk Jagat.

Zoy telah melalui liku-liku kehidupannya, taqdir baik dan buruknya, dan sekarang beliau telah berada di sana, kehidupan yang sebenar-benarnya, tanpa penghujung.

Bagaimana aku dan kalian?

al-Fatihah untuk beliau.






No comments:

Post a Comment