aku mendapat berita semalam bahawa Long Minah telah meninggal dunia.
Lebih kurang pada pukul 7pm di Hospital Taiping.
Long Minah ni anak Anjang.
Anjang atau Tok Anjang adalah kakak kepada nenekku sebelah ibu.
Aku selalu ke rumahnya semasa kecil dahulu untuk membaca komik.
Di sebelah rumahnya dahulu ada sebuh kedai runcit kecil.
Aku selalu membeli biskut Marie berharga sepuluh sen dari kedai tersebut, dan menikmatinya sambil membaca komik di rumah Long Minah.
Pada masa itu, sepuluh sen mampu ditukar dengan beberapa keping biskut Marie.
Anak-anaknya ada 7 orang dalam ingatanku;
Miskiah
Jamal
Helmi
Ishak
Jalal
Naeme
Alias
No comments:
Post a Comment