Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftarkan anak, atau dengan kata lain: membuat surat beranak.
1-Borang JPN LM.01 yang lengkap diisi (biasanya diberi oleh hosital tempat bersalin, jika tidak diberi, boleh dapatkan di Pejabat Pendaftaran).
2-Borang Pengesahan Kelahiran (diberi oleh doktor tempat bersalin).
3-kad pengenalan ibu dan bapa (asal dan fotostat)
4-Sijil Perkahwinan (asal dan fotostat)
5-Buku Merah (asal dan fotostat).
Biasanya doktor akan tolong isikan maklumat isteri dalam borang JPN LM0.1. Jadi, suami hanya perlu isikan sebahagian lagi borang tersebut.
Pada suatu zaman, buku merah hanya perlu fotostat muka surat tertentu sahaja. Selepas zaman tersebut, diminta supaya fotostat keseluruhan buku. Saya tidak pasti apa dasar kementerian sekarang. Sila tanya pegawai bertugas. Kerana malas bertanya, saya fotostat keseluruhan buku.
Bagus jika segala urusan fotostat dibuat awal, iaitu sebelum bertolak ke Pejabat Pendaftaran, melainkan jika anda telah mengambil kira masa yang mungkin terbuang sebelum tiba ke Pejabat Pendaftaran.
Mungkin menurut jangkaan kita, urusan fotostat akan mengambil masa 10 minit sahaja. Kita boleh singgah di kedai tertentu untuk fotostat.
Boleh jadi juga kedi yang kita rancangkan itu tutup pada hari tersebut, atau mesin rosak, dan pelbagai kemungkinan lain. Dan kita mungkin terpaksa ke kedai lain yang lebih jauh. Ini mungkin melewatkan kita untuk sampai ke Pejabat Pendaftaran, jauh dari rancangan asal.
Boleh jadi kita akan sampai lewat, dan dihalang untuk mengambil nombor kerana barisan telah penuh akibat kita datang pada sebelah petang.
Walaubagaimanapun, saya faham bahawa tidak semua orang memiliki kenderaan mudahalih untuk ke mana-mana. Oleh itu, sila rancang perjalanan anda sebaik mungkin supaya tidak berakhir dengan kekecewaan.
Pejabat Pendaftaran dekat sahaja dengan rumah saya. Boleh berjalan kaki, tetapi mungkin mengambil masa yang lama. Kedai fotostat juga ada di pertengahan jalan.Saya kira , saya akan singgah untuk fotostat. Malangnya kedai tersebut tutup. Saya terpaksa melencong ke kedai lain, di kawasan lain.
Dipendekkan cerita, saya sampai di pejabat pendaftaran pada pukul 3.30 petang.
Anda perlu juga mengambil masa untuk mendapatkan ruang parking.
Saya tidak mendapati ruang kosong, maka saya parkir di belakang sebuah kereta yang baharu sahaja tiba sebelum saya. Saya tinggalkan nombor telefon di wiper, takut-takut beliau selesai lebih awal daripada saya.
Mengambil nombor.
Kembali ke parkir untuk menanti ruang kosong dan ubah kereta.
Masuk semula ke dalam pejabat pendaftaran.
Tidur.
Jaga.
Tidur.
Jaga.
.
.
.
Teringat kepada puisi Wan Ahmad Tajuddin, yang ditulis pada tahun 1982. Masih relevankah?
http://fizik.um.edu.my/wat/lawlai/dpejpdft.html
Di Pejabat Pendaftaran
menunggu
menunggu
menunggu tiga suku jam
Kalau sehari dua puluh dua orang menunggu
habis tiga suku jam dari kerja seseorang
kalau gaji $600
sudah $600 × ¾ × 22 ÷ 30 ÷ 8 = $41.26 kerugian
sudah ¾ × 22 = 16 ½ jam kerja ketinggalan
habis tiga suku jam dari kerja seseorang
kalau gaji $600
sudah $600 × ¾ × 22 ÷ 30 ÷ 8 = $41.26 kerugian
sudah ¾ × 22 = 16 ½ jam kerja ketinggalan
Duit yang sama itu
boleh bayar gaji
untuk jam kerja yang sama itu
untuk menjawat dua orang pekerja
untuk mempercepatkan lagi
urusan di Pejabat Pendaftaran
boleh bayar gaji
untuk jam kerja yang sama itu
untuk menjawat dua orang pekerja
untuk mempercepatkan lagi
urusan di Pejabat Pendaftaran
Mungkin bagus juga menunggu
supaya hidup tenang, senang
jangan jadi rat-race.
supaya hidup tenang, senang
jangan jadi rat-race.
Wisma Persekutuan
k.tr. Sept. 82
Urusan saya selesai pada 4.30 petang.
Nampaknya saya tidak kecewa pada petang ini.
No comments:
Post a Comment