Monday, January 4, 2016

[Puisi] Lawatan Lain - Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah


Lawatan Lain

Selamat tinggal lagi Kensington
dalam renyai September ini
akulah pesara dunia

September ini tupai
dan aku tanam berangan Inggeris
ke dalam bumi sejagat kembali
sara musim kota bulu biri
sara kembali.

September ini tekukur teratur
dan aku tanam dagu di dada
menunggu musim hijrah ke selatan
menunggu berguru.

Selamat tinggal lagi Kensington
dan September.

 
1991

Menurut wikipedia :
Lawatan Lain ialah suatu antologi puisi tulisan Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995.
Pada waktu itu, ia membawa sedikit kelainan kerana adalah di antara karya-karya seorang yang berlatarkan sains dalam penulisan sastera, yang terawal diterbitkan. Ia telah menjadi tumpuan kajian termasuk untuk tesis sarjana oleh sasterawan Mawar Shafei.


Dewan Bahasa & PustakaKuala Lumpur, 1995.
ISBN 983-62-4770-X
Antologi puisi. 102 ms.
899.2313



baki puisi beliau boleh dibaca :
http://fizik.um.edu.my/wat/lawlai/

Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
http://fizik.um.edu.my/wat/


sila perhatikan permainan bahasa beliau melalui judul-judul artikel yang diterbitkan dalam Dewan Kosmik suatu masa dahullu;

77.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Lawatan Lain", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 1995 (ISBN: 983-62-4770-X).
78.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Jalinan Juzuk-juzuk Jirim", Dewan Kosmik, Jan. 1996. [HTML]
79.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Kisah dari Kerdipan-kerdipan di Kosmos", Dewan Kosmik, Feb. 1996.
80.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Lalu Laju-laju", Dewan Kosmik, Mar. 1996.
81.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Mengukur Makna Medan", Dewan Kosmik, Apr. 1996.
82.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Nasabah: Nalar dan Nanar", Dewan Kosmik, May 1996.
83.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Organisasi Otak dan Organisme", Dewan Kosmik, June 1996.
84.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Perihal Pancaran Pekerma", Dewan Kosmik, July 1996.
85.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Qasidah Qadar yang Qadim?", Dewan Kosmik, Aug. 1996.
86.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Ruang Reyok atau Rekahan?", Dewan Kosmik, Sept. 1996.
87.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Sintaks Sebagai Senibina", Dewan Kosmik, Oct. 1996.
88.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Talian Telekomunikasi Terkini", Dewan Kosmik, Nov. 1996.
89.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Mating Frequency, Lifespan and Fitness", Pros. Persidangan Fizik Kebangsaan 1996, Penang, 1996 (ed. A. A. Tajuddin et al.), pp 25-33.
90.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Sains Celaru dan Sastera", presented at Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala LumpurDec. 1996. [Amipro (726 kb)]
91.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Umpama Unggunan Usali", Dewan Kosmik, Dec. 1996.
92.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Verifikasi Variasi Versi", Dewan Kosmik, Jan. 1997. [HTML]
93.              Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, "Wawasan Warkah Warisan", Dewan Kosmik, Feb. 1997.





No comments:

Post a Comment