Friday, September 6, 2024

Radio dan TV zaman dahulu

 https://akubudaktelok64.blogspot.com/2014/04/radio-juruhebah-dan-aku.html

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2014/04/rancangan-tv-masa-dahulu-1982-1988.html

https://www.youtube.com/watch?v=qcy3xBRMDzA

BUILD A QUICK RADIO : https://www.youtube.com/watch?v=csCk6z-J6RM

https://www.youtube.com/watch?v=VqdcU9ULAlA

https://www.wikihow.com/Make-a-Crystal-Radio

pada masa saya kecil-kecil dahulu, saya mendapati di rumah saya ada sebuah radio yang kelihatan seperti gambar di bawah, tetapi berwarna merah. ia menggunakan tenaga 4 biji bateri saiz D. 


jika dilihat dari belakang, akan kelihatan seperti gambar di bawah. cuma, boleh jadi pemegang bateri asal yang dibuat daripada plastik telah koyak, maka bateri digulung dengan kertas surat khabar. radio itu kemudiannya lenyap. saya menemuinya mungkin ketika darjah empat. ia telah rosak dan disimpan oleh ayah di atas alang. saya menelitinya dan mendapati hanyalah wayar yang putus, mungkin lekang daripada pateri. saya berjaya menghidupkannya semula. dapatlah kami mendengar siaran drama radio Nombor Lima Persiaran Satu. biasanya kami menggunakan bateri cap badak sumbu, bila bateri telah kong, ia akan dijemur untuk menambahkan hayatnya sehingga betul-betul kong.





No 5 Persiaran 1 adalah drama radio bersiri yang diterbitkan pada 1974. Drama radio ini keudara selama 15 minit setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.30 pagi sehingga 9.45 pagi. Ianya diterbitkan oleh Mahani Ujang di Radio Nasional RTM, sekarang Klasik FM. Pengenalan drama ini seperti berikut :

Soalan: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?"
Jawapan: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Di sebelah kanan masjid di depannya mini market."

Drama ini berkisar kisah keluarga Encik Aman. Drama ini dijayakan oleh Fatimah Yassin, Atan Wahab (Encik Aman/Abah), Zuraida Musib (Amiza), Che Om Dahari (Amran) dan Mohd Latif Mahidin (Amir). Ia bertahan selama 13 tahun dari 1974 lagi.

pada zaman dahulu, kebanyakan benda besar-besar, radio, tv, kamera dan lain-lain.

sekarang ini, semuanya sudah boleh digabungkan menjadi smartphone. radio terkecil yang saya jumpa dan guna adalah sebesar earbud wireless-earphone sahaja, menggunakan bateri butang. mungkin sekarang sudah boleh caj secara c-type.



No comments:

Post a Comment