Wednesday, May 3, 2023

Jet li

 Ma Xian Da merupakan guru Wushu kepada Jet Li.

Beliau meninggal pada 2013.

Ma Xianda telah dilahirkan dalam keluarga Muslim Hui pada tahun 1932 di Wilayah Hebei, China. Beliau yang merupakan generasi keenam dalam keluarga yang mengamalkan seni bela diri wushu ini telah mencapai peringkat tertinggi dalam seni bela diri ini dan digelar sebagai Grandmaster Ma Xianda.

Dilaporkan bahawa generasi pertama keturunan Hui telah terinspirasi dengan sepotong hadis daripada Nabi SAW tentang kesihatan tubuh badan iaitu:

“Muslim yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah…”

Hasilnya, wujudlah teknik seni bela diri Hui yang bertitik tolak daripada falsafah yang diambil daripada hadis tersebut lalu digabung dengan teknik-teknik wushu yang lain.

Selain daripada wushu, beliau juga tidak ketinggalan mempelajari seni mempertahankan diri yang lain seperti boxing, tinju gaya Mongolia (Shuai Jian) dan juga teknik ‘pagar’.

Lebih 20 orang pelajar di bawah didikannya telah telah memperoleh anugerah yang disebut sebagai ‘Wu Ying’ atau ‘Pahlawan Seni Bela Diri’. Gelaran ini diberi kepada atlet yang telah mendapat kedudukan tiga teratas lebih daripada sekali dalam kejohanan antarabangsa China.

Dianggarkan bahawa beliau telah mengajar sekitar 10,000 orang pelajar seni bela diri sepanjang hidupnya termasuklah Chanjun dan juga Jet Li. Pada tahun 1980, beliau telah menjadi pelatih seni bela diri dan ketua koreografer bagi filem ‘The Shaolin Temple’ yang turut dibintangi oleh Jet Li.


No comments:

Post a Comment