Saturday, January 4, 2020

Kejora - Bila Kasih Menyepi

Bila Kasih Menyapi
https://www.youtube.com/watch?v=aIm6YOq7Ek4

Dalila
https://www.youtube.com/watch?v=i55kEoZBbsY

Zuhrah (InggerisVenus; juga dikenali sebagai Kejora) merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa Venus, dewa cinta Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

Zuhrah sudah dikenali oleh manusia sejak mulanya kewujudan tamadun, diketahui sebagai Tioumoutiri dan Ouaiti yang membawa maksud bintang pagi dan bintang petang dalam ketamadunan Mesir Purba, dikenali sebagai Bintang Kejora dalam kalangan masyarakat Melayu, manakala ketamadunan Maya memanggilnya Chac ek yang mana ketamadunan ini diketahui mencatat peredaran planet Zuhrah dengan lengkap malahan terdapat almanac yang ditemui oleh ahli arkeologi di mana ia dengan tepat menunjukkan peredaran planet tersebut selama 584 hari.

Sepertimana tamadun Maya, Mesopotamia juga mencerap dan mencatat peredaran planet Zuhrah dimana perpustakaan Ashurbanipal dari Babylonia mempunyai rekod pergerakan planet ini selama 21 tahun. Tablet Amisaduqa dalam bentuk tulisan cuneiform ini menjelaskan perubahan bentuk dan kedudukan Zuhrah setiap tahun selama 21 tahun dengan lengkap.

No comments:

Post a Comment