Friday, January 31, 2020

Putra - Nazira

Nazira
https://www.youtube.com/watch?v=dBzG3ynfjhc  original
https://www.youtube.com/watch?v=4-SjGUSWyBY  baru

kalau tak salah ingatan aku, ada siri Drama Minggu Ini menggunakan lagu ini sebagai lagu tema, di mana heroin drama tersebut bernama Nazira. Judul drama aku tak ingat, rasa macam Liza Abdullah berlakon.

Dalam Kehadiran Kekasih
https://www.youtube.com/watch?v=ag3WC_kTRiU

Kain Cinta Putih
https://www.youtube.com/watch?v=51S32l3ihFI   original
https://www.youtube.com/watch?v=1cnBvO4OP5U  baru

Tuesday, January 7, 2020

Garuda - Rahsia tapi Nyata

https://www.youtube.com/watch?v=NNv9NZ1uV84

http://rockkangkang.blogspot.com/2010/11/garuda-rahsia-tapi-nyata.html

Garuda - Rahsia Tapi Nyata

Album: Bahtera Mahkota
Tahun: 1991


Pernah kauberkata
Diriku milikmu jua
Pernah kauberkata
Cintamu cintaku jua

Lembutnya wajahmu yang ayu
Sewaktu engkau di sampingku
Hatiku pilu bila rindu
Teringat aku sewaktu dahulu
Di manakah akan kucari
Serupa denganmu

Sungguh kuterharu
Tanpa engkau di pangkuanku
Engkaulah yang satu
Sumber ilham waktu dahulu

Kaupergi tiadalah seri
Keindahan cinta berdua
Seperti bunga kelayuan
Seandai kelopaknya tidak mekar
Kuntuman layu merunduk saja
Tak dihiraukan

( ♪ ♪ ♪ )

Lembutnya wajahmu yang ayu
Sewaktu engkau di sampingku
Kaupergi tiadalah seri
Keindahan cinta berdua
Seperti bunga kelayuan
Seandai kelopaknya tidak mekar
Kuntuman layu merunduk saja
Tak dihiraukan

Akhirnya jatuh juga ia
Ke bawah penuh rasa hiba
Terurailah ikatan rasa
Kemesraan yang kita bina cipta
Entah ke mana perginya ia
Nyata rahsia..

Monday, January 6, 2020

Meditasi - Biar Pedih Kasih Memanjang

https://www.youtube.com/watch?v=qczz7auy3xA

Meditasi - Biar Pedih Kasih Memanjang
Album: Meditasi
Tahun: 1990

Kusisip janjimu
Di tabir waktu yang terbuka
Lalu diterpa misteri dusta
Kasih cinta yang terbina

Dan di waktu ini
Dikau masih kucari
Di dalam penantian
Bayangmu semakin kelam

Mengapakah engkau biarkan
Janji layu dalam harapan
Kepastian terbenam luka di hatiku
Mana harga cinta dan sayangmu

Seribu duka yang tiba
Pilu hatiku

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu

Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Antaranya kuterluka

( ♪ ♪ ♪ )

Dan di waktu ini
Dikau masih kucari
Di dalam penantian
Bayangmu semakin kelam

Mengapakah engkau biarkan
Janji layu dalam harapan
Kepastian terbenam luka di hatiku
Mana harga cinta dan sayangmu

Seribu duka yang tiba
Pilu hatiku

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu

Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Keranamu tinggallah aku
Dalam padah bicara bibirmu

Keranamu betapalah aku
Mendalamkan pedih memanjangkan kasih

Sunday, January 5, 2020

Hidayu - Impian Lain Warna

https://www.youtube.com/watch?v=mk1QNKOklIA

Ahli ahli Hidayu terdiri daripada 4 orang yang kesemuanya adalah pemuda yang berasal dari IpohPerak. Mereka adalah terdiri daripada Ajoi (Penyanyi), Sham (Lead Guitar), Tajol (Bass Guitar) dan Azroy selaku pemain dram. Pada awalnya, Radji adalah merupakan pemain dram kumpulan Hidayu ini. Album mereka telah diterbitkan pada sekitar tahun 1990. Kesemua mereka merupakan rakan baik sementara Tajol dan Ajoi adalah sebenarnya adik-beradik.
Mereka sering diundang untuk mengadakan pertunjukkan bersama kumpulan MAY yang juga berasal daripada Ipoh. Ada diantara lagu mereka pernah menduduki carta hit Radio pada ketika itu. Lagu mereka juga pernah disenaraikan di dalam carta Muzik Muzik untuk beberapa ketika.
Setelah menghasilkan satu album, kumpulan Hidayu akhirnya terpaksa berpisah dan membawa diri dan haluan masing-masing. Azroy telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan (Jadi Taukeh Fun Fair). Ajoi telah menganggotai kumpulan FTG sebagai penyanyi. Sham pula akhirnya menganggotai kumpulan AKAR, NOISSY, CHOSEN, SYJ/SOFEA. Manakala Tajol pula kini telah menjadi anggota dan pemuzik di RTM. Sham dan Tajol pada satu ketika pernah menubuhkan kumpulan UBIE dan menghasilkan sebuah album.

Saturday, January 4, 2020

Kejora - Bila Kasih Menyepi

Bila Kasih Menyapi
https://www.youtube.com/watch?v=aIm6YOq7Ek4

Dalila
https://www.youtube.com/watch?v=i55kEoZBbsY

Zuhrah (InggerisVenus; juga dikenali sebagai Kejora) merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa Venus, dewa cinta Rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.

Zuhrah sudah dikenali oleh manusia sejak mulanya kewujudan tamadun, diketahui sebagai Tioumoutiri dan Ouaiti yang membawa maksud bintang pagi dan bintang petang dalam ketamadunan Mesir Purba, dikenali sebagai Bintang Kejora dalam kalangan masyarakat Melayu, manakala ketamadunan Maya memanggilnya Chac ek yang mana ketamadunan ini diketahui mencatat peredaran planet Zuhrah dengan lengkap malahan terdapat almanac yang ditemui oleh ahli arkeologi di mana ia dengan tepat menunjukkan peredaran planet tersebut selama 584 hari.

Sepertimana tamadun Maya, Mesopotamia juga mencerap dan mencatat peredaran planet Zuhrah dimana perpustakaan Ashurbanipal dari Babylonia mempunyai rekod pergerakan planet ini selama 21 tahun. Tablet Amisaduqa dalam bentuk tulisan cuneiform ini menjelaskan perubahan bentuk dan kedudukan Zuhrah setiap tahun selama 21 tahun dengan lengkap.

Friday, January 3, 2020

Exist masihkah Wujud

boleh jadi lagu yang aku rasa lagu terbaik Exist ialah :

Mencari Alasan
https://www.youtube.com/watch?v=hSPvZa3ljtA

Untukmu Ibu
https://www.youtube.com/watch?v=B7grZKiWhxg

Rahsia Pohon Cemara
https://www.youtube.com/watch?v=Q4qLmTye-PE&list=RDaFK3yl91qXY&index=14

Janji Padamu
https://www.youtube.com/watch?v=Mxh_NVBkSxY

Langkah Seiringan
https://www.youtube.com/watch?v=1WMa40d1vEw

kompilasi the best of Exist 2016
https://www.youtube.com/watch?v=09HGZ9-zdeU


Langkah Seiringan
Di kala kukeseorangan
Kenanganpun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat nan manis
Ketika bersama dahulu
Tak tertahan menanggung rindu
Di saat kauberjauhan dariku
Wajahmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku
Oh! sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia
Di kala kukeseorangan
Kenanganpun datang menjelma lagi
Terbayang saat saat yang manis
Ketika bersama dahulu
riff
Oh! sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia
Oh! sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia
la..la..la...laa.laa

Thursday, January 2, 2020

Jitu - Terkunci dalam Sengsara

https://www.youtube.com/watch?v=96iuV59heaA

Masih aku yang terkunci tidak kudaya melepasi kegelapan di daerahmu dulu terlena...bercanda kita... cuma seketika Datang salam ke lubuk silam menutupi sengsara ini menjawablah penderitaan bertanya janji-janjimu mudahnya kau mungkiri Dan aku masih di sini mengutip pasrah yang pergi menanti bersama rinduku tersungkur mengejar bayanganmu Apa harus kuberdoa mengiring kebahagiaanmu sedang aku terpenjara di dalam lautan tangisku Berkelana... hakikat rahsianya kuterpedaya kerana setia kerana tiada harta Selama harta menjadi nilainya pencinta terhenti rindunya dan aku diundang sengsara..

Datang salam ke lubuk silam menutupi sengsara ini menjawablah penderitaan bertanya janji-janjimu mudahnya kau mungkiri

Dan aku masih di sini mengutip pasrah yang pergi menanti bersama rinduku tersungkur mengejar bayanganmu Apa harus kuberdoa mengiring kebahagiaanmu sedang aku terpenjara di dalam lautan tangisku Berkelana... hakikat rahsianya kuterpedaya kerana setia kerana tiada harta Selama harta menjadi nilainya pencinta terhenti rindunya dan aku diundang sengsara..

Berkelana... hakikat rahsianya kuterpedaya kerana setia kerana tiada harta dipetik dari album sulung JITU berjudul ETIKA MASA.

Kumpulan Jitu merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Ipoh,Perak Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif sekitar 1989.Nama asal sebelum JITU adalah kumpulan GEJALA. Ahli-ahli Harun - Vokalis Zul - Lead Guitar/vokalis Sham - Guitar Ramly - Bass Sopian - Drummer Album Etika Masa. Lagu-lagu Terkunci Dalam Sengsara Meraut Bayangan Etika Masa Lagenda Pendendam Zul - Lead Guitar/vokalis telah meniggal dunia, sama sama kita sedekahkan Al -Fatihah

Wednesday, January 1, 2020

Lagu Kenduri Kahwin

setengah tuan rumah tak minat untuk panggil deejay untuk meriahkan majlis, memadai dengan memainkan alunan lagu-lagu dari speaker.

pada hemat saya, tidak perlu lagu yang banyak, 15 lagu sudah cukup.

dengan menganggap durasi satu lagu adalah 5 minit, 12-15 sudah cukup untuk cover selama satu jam. kebanyakan tetamu tidak akan duduk selama satu jam.

oleh itu, saya senaraikan di sini lagu-lagu pilihan saya:

1- Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma  - lagu wajib,  boleh selang seli banyak kali
https://www.youtube.com/watch?v=mHpTdsBbYRM
 
2- Maher Zain - Ya Nabi Salam Alaika
https://www.youtube.com/watch?v=25wH52RSam8

3-Maher Zain - Mawlaya
https://www.youtube.com/watch?v=CY2eP_Hceq4

4-Maher Zain - Raqqat Ayna
https://www.youtube.com/watch?v=xwg9Lf5ruUE

untuk versi Bahasa Melayu boleh guna cover oleh Iman Farrar.
5-Iman Farrar - Raqqat Ayna

untuk Maher Zain versi wanita, bole guna cover Bahasa Arab oleh Puja Syarma.
6-Puja Syarma - Raqqat Ayna 

7-The SWAN - Yaa Nabi Salaam Alaika 

8-Iwan Syahman - Rindu Allah Sayang Allah

9- Iwan Syahman - Semuanya Allah Punya

10-Iwan Syahman - Tiada Tuhan Selain Allah 

13-Derry Sulaiman - Orang Kaya Mati 

14-Derry Sulaiman - Dunia Sementara Akhirat Selamanya

bagaimanapun, saya lebih suka versi gabungan Derry, Ijam, Iwan, Mel, Ali
https://www.youtube.com/watch?v=xgbqUF6fghU&list=RDNe1jnUlyvn0&index=7

full album derry

15-Lau Kana Bainana - Arab
https://www.youtube.com/watch?v=XvQ4uNRNTm0

16-Lau Kana Bainana - Melayu
https://www.youtube.com/watch?v=g8t8Z6-GWGg