Mengemas buku-buku lama, saya terjumpa majalah National Geographic isu Mac 2008.
Antara tajuk yang disentuh ialah kebolehan haiwan untuk berfikir. Antara yang mendapat liputan ialah Azy (orangutan) dan Kanzi (bonobo).
Azy dan Kanzi ini katanya boleh berkomunikasi melalui papan kekunci abstrak, memahami bahasa Inggeris dan American Sign Language.
Ini mengingatkan saya kepada filem Rise of the Planet of the Apes (2011) yang masyhur itu. Maurice dan Caesar dapat berkomunikasi melalui bahasa isyarat tangan ASL (American Sign Language). Di Malaysia, kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (Malaysian Sign Language).
Sesetengah pihak menganggap bahawa datuk nenek moyang mereka berketurunan monyet. Mereka berevolusi dan menjadi lebih bijak daripada nenek moyang mereka.
Bagi yang beragama samawi, meyakini bahawa manusia homo sapien itu datangnya daripada Nabi Adam alaihissalam.
Bumi boleh jadi berusia 4.6 billion tahun, angkasaraya boleh jadi berusia 15 ribu billion tahun, tetapi manusia homo sapien baharu sahaja menduduki dunia ini.
Johann Keppler mencadangkan bahawa dunia dicipta pada 3993 BC. Isaac Newton mencadangkan bahawa dunia dan Nabi Adam alaihissalam dicipta pada 3988BC dan Bishop James Ussher mencadangkan pada 4004 BC. Kesemua pendapat ini berkisar pada 4000 tahun. Dengan itu kita berada sekitar 6020 selepas penciptaan Nabi Adam alaihissalam.
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rah., Imam Jalaluddin as-Suyuthi rah. dan Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rah. juga mengemukan pendapat bahawa semenjak turunnya Nabi Adam alaihissalam sehingga berlakunya Kiamat adalah sekitar jangkamasa 7000 tahun.
6000 tahun lebih telah berlalu, tidaklah diketahui baki masa Bumi ini wujud.
Paras air Tasik Tiberia ( Lake Kinneret) semakin menyusut. Bersiaplah!
https://forecast.israelinfo.co.il/kineret
No comments:
Post a Comment