(1) Pada suatu malam, dalam suatu perjalanan, radio kereta sedang memutarkan sebuah lagu. Saya berkata di dalam hati, "ini tentulah lagu Ning Baizura".
Setelah lagu tamat, DJ memaklumkan bahawa itu adalah lagu yang didendangkan oleh Dato Siti Nurhaliza.
Ehhhhhhhh..??!!! Ini lagunya???!!! Dato Siti Nurhaliza ????!!!!!!
Chop.Chop.Chop.
Saya memang tahu lagu Aku Cinta Padamu itu dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza, itu saya banyak kali membacanya di mana-mana, hanya sanya saya tidak tahu bagaimanakah bunyinya lagu tersebut.
Dan saya memang pernah mendengar lagu tersebut diputarkan di mana-mana, hanya sanya saya tidak tahu lagu itu berjudul Aku Cinta Padamu.
(2) Kira-kira 30 tahun yang lalu saya ada mendengar sebuah lagu, dan apa yang terpahat dalam ingatan saya ialah ia didendangkan oleh Belinda Carlisle. Judul lagu tidak pernah saya ketahui.
Saya tidak pernah lagi mendengar lagu itu dikumandangkan di mana-mana.
Selama kira-kira 30 tahun saya meyakini bahawa ia didendangkan oleh Belinda Carlisle, sehinggalah baharu-baharu ini saya menemui lagu itu di dalam youtube.
Judul lagu tersebut ialah Tom's Diner dan ia didendangkan oleh Suzanne Vega!
Bukan Belinda Carlisle!!.
Tuan-puan, apa yang kita sangkakan sebagai kebenaran, boleh jadi sebenarnya bukan kebenaran. Kena periksa dan ditashihkan.
dua cerita di atas belum cukup dahsyat.
(3) Terdapat seorang lelaki yang sering berburu. Pada suatu hari, ia mengajak kawannya, Che Mat (bukan nama sebenar) makan kancil di rumahnya. Apabila Che Mat sampai di rumahnya, Che Mat terkejut, "Ini bukan kancil, ini babi hutan!!".
Si Pemburu lebih terkejut,"Aku telah makan binatang ini bertahun-tahun lamanya!".
Mungkin tuan-puan rasa sangsi, mana mungkin babi hutan disangka kancil.
Saya sendiri pernah melihat anak babi hutan yang mirip kancil, jadi kisah di atas bukanlah mustahil.
tuan-puan boleh rujuk http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/dua-anak-babi-hutan-disangka-pelanduk-1.197589
Ini belum cukup dahsyat.
No comments:
Post a Comment