saya hampir-hampir (mungkin) mengalami kemalangan apabila cuba memotong di sebelah kanan, padahal ada sebuah kereta sedang bergerak di lorong tersebut.
ini berlaku kerana saya tidak dapat melihat kereta tersebut di cermin sisi kereta saya.
apabila saya membuat penyiasatan lebih lanjut, saya mendapati cermin tersebut tidak berada pada sudut yang biasa saya tetapkan.
sebelum ini, saya ada meminjamkan kereta saya kepada abang saya dan kawan saya. Kemungkinan besar salah seorang atau kedua-dua mereka telah menukar sudut cermin sisi tersebut.
sudut sekarang adalah seperti di bawah:
sudut yang biasa saya tetapkan ialah seperti di bawah:
jika tuan-puan perhatikan, dalam cermin pertama, 1/3 imej adalah bahagian belakang kereta. saya sebenarnya tidak perlu melihat belakang kereta saya.
dalam cermin kedua, hanya sebahagian kecil sahaja bahagian belakang kereta dapat dilihat. inilah sudut yang baik bagi saya, dan saya rasa untuk tuan-puan juga.
Jangan Pandang Belakang bonet kereta.
apa yang perlu kita lihat ialah aliran trafik di sekeliling dan belakang kita, bukanlah bonet kereta kita.
oleh itu maksimumkanlah pandangan dan kurangkanlah
blind spot.