Selepas Isyak, saya sakit perut lalu kembali ke rumah. Selesai kira-kira jam 9.40 malam. Oleh kerana surau berhampiran rumah saya hanya melakukan 8 rakaat tarawih, dan mereka saya rasa sudah berada hampir rakaat ke-8, saya bergerak ke surau yang jauh sikit kerana di situ mereka melaksanakan tarawih 20 rakaat yang dipimpin oleh Imam Hafiz. Saya mungkin boleh mendapat beberapa rakaat bersama Imam.
Saya menyertai ke rakaat ke berapa saya tidak pasti, tetapi Imam membaca surah tertentu dan kemudian kedengaran surah al-Buruj. Ini bermakna saya sudah hampir ke rakaat-rakaat terakhir. Imam menamatkan rakaat pertama dengan surah at-Tariq.
Kombinasi surah-surah dan bilangan rakaat seterusnya saya tidak dapat ingat lagi, namun
rakaat ke 19 : al-Fiil sehingga an-Naas.
rakaat ke 20 : permulaan al-Baqarah sehingga ...muflihun.
mungkin, saya tidak pernah melihat perkara ini dilakukan, yakni permulaan al-Baqarah dibaca pada rakaat kedua.
(mungkin juga saya pernah tetapi telah melupakannya).
Pada dasarnya, di dalam solat, kita disuruh membaca surah mengikut turutan surah, dan bilangan ayat pada rakaat kedua hendaklah hampir sama atau kurang daripada rakaat pertama.
Misalnya a-A'la pada rakaat pertama dan al-Kafiruun pada rakaat kedua.
No comments:
Post a Comment