pada zaman 1980an dulu, lebih tepatnya sekitar 1986-1987, ada ditayangkan siri drama Jepun yang berjudul The Ninja.
aku rasa ia ditayangkan di TV2, jam 8.30 malam.
tak ingat hari apa, mungkin Isnin dan Selasa.
kesan daripada siri drama tersebut, kanak-kanak mula mengutip penutup botol lemonade, meratakannya, menggunting menjadi bentuk bintang untuk membuat shuriken sebagai alat permainan.
ramai orang mencari-cari drama ini untuk di download tetapi gagal menemuinya. Ini kerana orang ramai tidak tahu apakah judul sebenar drama ini dalam bahasa Jepun. Mungkin hanya mereka di RTM sahaja yang mengetahuinya.
tajuk sebenar drama ini ialah Sarutobi Sasuke. Ia ditayangkan oleh Channel Nihon Terebi di Jepun pada 11 Mei 1980 sehingga 5 Oktober 1980.
pada tahun 2005, siri ini telah dijual dalam bentuk DVD, dengan judul dalam Bahasa Inggerisnya "The Jumping Monkey".
https://www.amazon.com/x733F-x98DB-x4F50-Jumping-Monkey-/dp/B0006SLBY0/ref=sr_1_7?s=movies-tv&ie=UTF8&qid=1466799070&sr=1-7&keywords=jumping+monkey
No comments:
Post a Comment