Cara nak sampai
Kalau dari Sungai Lembu, 20 meter selepas simpang ke Berapit, belok ke Kanan. Boleh nampak papan tanda ini di kepala simpang.
Masuk melalui jalan tanah merah ini yang kelihatan lead to nowhere.
Ada dua jalan masuk untuk mendaki. Di sebelah kanan hanya mampu di daki oleh kaki, di sebelah kiri mampu dilalui oleh kaki dan kereta.
Untuk hiking, saya mencadangkan masuk melalui laluan kanan (laluan masuk ke kebun getah) . Ini kerana jalan ini agak cerun, sesuai untuk bermula, di mana tenaga masih banyak. Kemudian turunlah melalui laluan kiri. Laluan kiri ini akan melalui kawasan landai yang panjang, sesuai apabila telah kehabisan tenaga.
Saya bermula kira-kira jam 8.45 pagi, dan sekitar 9.15 pagi telah sampai ke puncak.
Berehat kira-kira 5 minit untuk mengambil gambar, dan saya mulai turun melalui laluan kiri.
ada dewan dan pentas kecil, boleh guna untuk acara penyampaian hadiah.
wakaf sebelah dewan.
ada lapangan untuk berkhemah
tugu durian
Menuruni laluan landai yang dimulai dengan simen dan akhirnya menjadi tanah merah
Kira-kira hampir jam 10.00 pagi saya sampai ke lapangan parkir.
Bolehlah kita simpulkan bahawa kita perlu 30 minit untuk mendaki, dan 30 minit untuk turun.
bagus kalau dapat bawa air minum sendiri. Segelas teh tarik ais cincau kaw ialah RM3.00