Apabila saya ke Parit Buntar, antara perkara yang akan saya lakukan ialah makan ABC di "Terapung".
Terapung Esplanade ialah kawasan gerai makan di pinggiran Sungai Kerian, tetapi itu adalah kira-kira 30 tahun dahulu.
Sekarang, kawasan tersebut telah menjadi Taman Pinggiran Sungai Kerian.
https://www.google.com/maps/@5.1301005,100.4924538,3a,75y,40.58h,91.44t/data=!3m6!1e1!3m4!1sBaE7BWUkfsh-dDdqkWia1g!2e0!7i13312!8i6656
Terlebih dahulu, kira-kira 45 tahun dahulu, kawasan tersebut merupakan jeti untuk feri yang menghubungkan Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah.ar Sungai Kerian adalah kira-kira 100 meter, dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke tebing seberang.
Feri yang digunakan ketika itu bukanlah seperti feri Pulau Pinang, tetapi feri jenis tarik yang menggunakan sistem pulley.
Pada 3 September 1972, berlaku tragedi karam yang juga terdapat muatan sebuah bas sekolah pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian. Ia berlaku pada sekitar 7 pagi, sewaktu feri bergerak dari Bandar Baharu ke Parit Buntar. Cuaca kurang baik pada pagi itu, hujan turun dengan lebatnya sehinggakan arus sungai yang kuat telah menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus.
Akibat dari insiden tersebut, kira kira 27 orang yang 25 daripadanya adalah pelajar sekolah telah terkorban kerana mereka tenggelam bersama feri dan muatannya ke dasar sungai. 17 pelajar adalah dari Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya adalah pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.
Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta merta selepas kejadian yang mengejutkan itu berlaku. Projek pembinaan Jambatan Sultan Idiris telah dimulakan pada tahun berikutnya untuk mengelakkan daripada tragedi ini berulang.
Tragedi feri karam ini telah merakamkan keberanian seorang individu yang diangkat sebagai wira yang gugur nyawanya selepas membantu menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. Individu tersebut adalah pemandu feri yang karam itu sendiri dan bernama S Annamalai.
Mendiang S Annamalai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana terlalu penat setelah berhempas pulas menyelamatkan pelajar berbangsa Cina yang lemas sewaktu feri sedang karam. Ini adalah contoh teladan yang paling baik untuk mengisahkan tentang keberanian rakyat negara ini dengan tidak mengira perbezaan bangsa dan agama.
Tragedi ini patut dikenang oleh rakyat Malaysia kerana kisahnya penuh dengan nilai-nilai perpaduan, setia kawan dan keberanian yang sewajarnya dijadikan pedoman seluruh rakyat negara ini untuk memastikan masyarakat Malaysia bersatu-padu dan hidup harmoni.
http://kgtitiserong.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/17-warga-pi1m/sosio-ekonomi/60-pinggiran-sungai-kerian
https://www.orangperak.com/tragedi-sayu-di-sungai-kerian-yang-harus-diingati.html
https://www.thevocket.com/913-returning-filem-seram-berkisahkan-tragedi-feri-karam-di-parit-buntar-1972/